web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Feri Terbakar Di Pulau Bidong, 79 Penumpang Selamat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 8:30PM

Sebuah feri yang membawa 79 penumpang termasuk kru yang dalam perjalanan ke Jeti Taman Tamadun Islam (TTI) di sini terbakar dalam kejadian petang tadi - Gambar Maritim Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU -  Sebuah feri yang membawa 79 penumpang termasuk kru yang dalam perjalanan ke Jeti Taman Tamadun Islam (TTI) di sini terbakar dalam kejadian petang tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu Kapten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata pihaknya menerima laporan daripada Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat Maritim Kuantan pada 3 petang. 

"Feri berkenaan membawa 79 individu dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Redang menuju ke Jeti TTI sebelum terbakar ketika berada berhampiran Pulau Bidong. 

"Bertindak atas laporan, dua aset milik APMM telah digerakkan ke lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Beliau berkata kesemua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dipindahkan ke Jeti TTI.

Katanya kebakaran telah merebak ke seluruh bahagian feri dan dianggarkan musnah seratus peratus manakala punca insiden masih disiasat. 

Video insiden itu yang tular di media sosial memaparkan sebuah feri terbakar di Pulau Bidong dan sesetengah warga net mendakwa kepulan asap boleh dilihat dengan jelas beberapa kilometer dari lokasi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Penggiat Industri Pelancongan Gesa Perkhidmatan Feri Di Langkawi Dipertingkatkan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Gudang Sisa Bahan Kimia Terbakar: Pusat Kualiti Alam, JAS Pantau Pencemaran Udara, Air

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia