web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2024 12:49PM

Gambar - JBPM Sarawak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sebuah rumah kediaman milik seorang timbalan menteri Sarawak di Pa' Umor di Bario, sebuah kawasan dataran tinggi pedalaman di utara negeri itu terbakar awal pagi semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Datuk Khirudin Drahman hari ini berkata, rumah milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Gerawat Gala itu berada sejauh 460 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi, iaitu balai terdekat ke lokasi, jika menggunakan jalan balak.

"Penduduk kampung, polis, tentera dan pasukan bomba sukarela telah berusaha memadam kebakaran namun rumah kediaman itu terbakar sepenuhnya," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata difahamkan enam penghuni yang berada di kediaman itu ketika kejadian berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian kira-kira jam 1.10 pagi Ahad itu.

Menurutnya bergantung kepada keadaan cuaca, perjalanan darat ke lokasi kejadian itu dari BBP Marudi mengambil masa 20 jam.

"Pergerakan pengesahan dan siasatan kebakaran telah menggunakan helikopter bomba untuk ke lokasi, katanya.

Sementara itu Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat yang berpangkalan di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan berkata, Batalion Keenam Rejimen Sempadan (6RS) turut terlibat membantu mengawal kebakaran itu.

"Sejurus menerima panggilan bantuan daripada Ketua Kampung Pa' Umor, Pasang Ibuh pada jam 2 pagi, seorang pegawai bersama 20 anggota Lain-Lain Pangkat 6RS telah diaturgerakkan ke tempat kejadian yang sejauh 10 kilometer dari Pos Bario," menurut kenyataan markas itu hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah