web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gudang Sisa Bahan Kimia Terbakar: Pusat Kualiti Alam, JAS Pantau Pencemaran Udara, Air

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2024 12:44PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pusat Kualiti Alam sedang memantau tahap pencemaran udara dan air di sekitar gudang sisa bahan kimia berjadual milik Cenviro Sdn Bhd (Cenviro) di Ladang Tanah Merah A3 Division, Bukit Pelanduk, Port Dickson yang musnah dalam kebakaran petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, pihaknya sedang menunggu laporan terperinci daripada JAS dan Pusat Kualiti Alam berhubung insiden itu.

"Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang menjalankan siasatan untuk menentukan punca kebakaran dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

"Kerajaan negeri mengambil tanggungjawab untuk menangani kejadian tersebut dengan cekap dan berkesan. 

"Saya juga masih menunggu laporan terperinci daripada kualiti alam dan juga jabatan alam sekitar," katanya dalam hantaran di FB.

Katanya, kerajaan negeri juga akan memastikan langkah pencegahan dapat diambil bagi mengelakkan berulangnya kebakaran yang sama di masa hadapan.

Sementara itu, Cenviro memaklumkan kesemua pekerja berjaya dipindahkan ke lokasi selamat.

"Cenviro akan terus memberikan kemaskini sebaik sahaja maklumat baru tersedia.

"Oleh itu, orang ramai diminta tidak menyebarkan maklumat palsu di media sosial atau aplikasi pesanan," katanya.

Menurut Cenviro, maklumat lanjut atau pertanyaan, boleh menghubungi Ismawati Mohd Shah di +0193610602 atau emel ismawati@cenviro.com atau Amirul Syazwan Halim di +0192835803 atau emel amirulhalim@cenviro.com. - Getaran, 13 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Gudang Sisa Bahan Kimia Di Bukit Pelanduk Musnah Dalam Kebakaran - Bomba

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Maut Kereta Terbabas Dan Terbakar

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Kilang Ubat Di Ipoh Musnah Terbakar

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri

Sukan 1 hari yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

oleh Diyana Nawwar

Semasa 17 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Dikenakan Waran Tangkap Tidak Hadir Prosiding Sebutan Kes