web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gudang Sisa Bahan Kimia Di Bukit Pelanduk Musnah Dalam Kebakaran - Bomba

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2024 8:12AM

Kebakaran tempat simpanan sisa bahan kimia berjadual di Cenviro Sdn Bhd (Pusat Kualiti Alam) di Ladang Tanah Merah A3 Division, Bukit Pelanduk, Port Dickson. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Sebuah gudang sisa bahan kimia berjadual milik Cenviro Sdn Bhd di Ladang Tanah Merah A3 Division, Bukit Pelanduk, Port Dickson musnah dalam kebakaran petang semalam.

Penolong Penguatkuasa, Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Muhammad Syazwan Tajuddin berkata, gudang di Pusat Kualiti Alam yang berkeluasan 100 x 100 kaki persegi itu musnah sama sekali.

"Pihak bomba menerima panggilan kira-kira jam 6 petang tadi, empat pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson, Seremban 2, Seremban dan Rantau digerakkan ke lokasi kejadian melibatkan 66 anggota.

"Kebakaran dapat di kawal jam 8.30 malam dan ketika ini kerja-kerja memadamkan kebakaran masih dijalankan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Tinjauan BERNAMA mendapati kebakaran itu menyebabkan asap hitam dan tebal kelihatan pada petang tadi, namun pihak media tidak dibenarkan berada berdekatan di kawasan tersebut. -BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Gudang Sisa Bahan Kimia Terbakar: Pusat Kualiti Alam, JAS Pantau Pencemaran Udara, Air

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Lelaki Maut Kereta Terbabas Dan Terbakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka