web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Helikopter Milik APMM Terhempas Di Kuala Selangor

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2024 12:01PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah helikopter jenis Agustawestlan AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhempas di kawasan perairan berhampiran Pulau Angsa di Kuala Selangor pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, ketika dihubungi BERNAMA berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada kira-kira jam 10 pagi.
"Maklumat awal yang diterima terdapat empat orang mangsa dan diselamatkan nelayan," katanya.

Helikopter jenis Agustawestlan AW139. gambar BERNAMA
Helikopter jenis Agustawestlan AW139. gambar BERNAMA

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan insiden itu dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata pihaknya kini di peringkat akhir mengumpul maklumat berhubung insiden itu sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.

"Ya, ada insiden tersebut. Kami akan keluarkan kenyataan sebentar lagi," katanya.

APMM akan turut mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Tehran Adakan Pengebumian Besar-Besaran Untuk Presiden Raisi Dan Mangsa Nahas Helikopter

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Kematian Presiden, Menteri Luar Iran: Anwar, Mohamad Zahir Perasaan Duka

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Bulan Sabit Merah Iran Sahkan Penemuan Helikopter Presiden Raisi Yang Terhempas

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Operasi Cari Helikopter Dinaiki Presiden Iran Sedang Berjalan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia