web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bulan Sabit Merah Iran Sahkan Penemuan Helikopter Presiden Raisi Yang Terhempas

Luar Negara Dikemaskini 4 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 May 2024 12:48PM

Pasukan penyelamat dan pencarian tiba di lokasi serpihan helikopter terhempas yang dinaiki Presiden Iran Embrahim Raisi, - Gambar Reuters

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TEHRAN - Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) Pir-Hossein Kolivand mengesahkan pasukan penyelamat dan pencarian mengenal pasti serpihan helikopter Presiden Iran Ebrahim Raisi yang terhempas.

Kolivand membuat pengumuman pada pagi Isnin, menyatakan pasukan telah tiba di lokasi serpihan helikopter yang terhempas, menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Beliau tidak memberikan butiran lanjut tetapi menyatakan: "Keadaannya tidak baik."

"Tujuh puluh tiga pasukan penyelamat berada di kawasan pencarian helikopter di kampung Tawal dengan peralatan canggih dan khusus," tambahnya.

Sebelum ini, Markas Pengurusan Kecemasan Kebangsaan Bulan Sabit Merah mengumumkan pasukan penyelamatnya bergerak ke dua titik panas yang dikenal pasti oleh dron Turkiye.

"Pasukan penyelamat Bulan Sabit Merah sedang menuju ke tempat kemungkinan pendaratan helikopter," kata mereka setelah kenderaan udara tanpa pemandu berketahanan tinggi dan jarak jauh Turkiye yang dinamakan Akinci mengesan titik panas yang kemungkinan menunjukkan lokasi di mana helikopter itu terhempas.

Raisi dalam penerbangan pulang bersama Menteri Luar Hossein Amirabdollahian dan beberapa individu lain daripada upacara perasmian sebuah empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan apabila helikopternya terhempas semasa pendaratan di kawasan Varzaqan pada Ahad. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

2

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Tehran Adakan Pengebumian Besar-Besaran Untuk Presiden Raisi Dan Mangsa Nahas Helikopter

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kematian Presiden, Menteri Luar Iran: Anwar, Mohamad Zahir Perasaan Duka

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Operasi Cari Helikopter Dinaiki Presiden Iran Sedang Berjalan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang