web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Operasi Cari Helikopter Dinaiki Presiden Iran Sedang Berjalan

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2024 8:45AM

Kawasan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat Ebrahim Raisi selepas helikopter dinaikinya melakukan 'pendaratan cemas'. - Gambar IRNA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran sedang dijalankan selepas sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi, terpaksa melakukan "pendaratan kecemasan" di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA), insiden itu berlaku pada Ahad di Hutan Dizmar antara Bandar Varzaqan dan Jolfa di Wilayah Azerbaijan Timur ketika Raisi dalam perjalanan pulang dari satu majlis perasmian empangan bersama Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev.

Penduduk tempatan dilaporkan mendengan "bunyi" di wilayah itu tidak lama selepas itu, menurut koresponden IRNA.

"Lebih daripada 20 pasukan mencari dan menyelamat yang lengkap, termasuk dron dan anjing pengesan, dihantar ke kawasan kejadian. Angkatan Tentera Iran juga mengerahkan unit komando dan Pasukan Khas untuk membantu dalam operasi pencarian," lapor agensi itu di X (dahulunya Twitter).

Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan lereng dan muka buminya yang berceranggah dan keadaan cuaca yang buruk, terutamanya kabus tebal di kawasan itu, katanya.

Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Iran, Babak Yektaparast, memberitahu IRNA lapan ambulans dengan pasukan perubatan kecemasan terdiri daripada juruteknik dan doktor dihantar ke kawasan itu.

Beliau berkata sebuah helikopter kecemasan yang dihantar untuk membantu terpaksa berpatah balik kerana kabus tebal yang menghalangnya daripada mendarat di kawasan berkenaan.

Terdahulu, IRNA melaporkan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Vahidi, memberitahu televisyen negara Iran bahawa disebabkan oleh keadaan cuaca yang sukar, pasukan mencari dan menyelamat mungkin memerlukan masa untuk sampai ke lokasi nahas.

Beliau menzahirkan harapan agar pasukan itu akan segera sampai ke lokasi dan dapat memberikan maklumat lanjut mengenai kejadian. - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Tehran Adakan Pengebumian Besar-Besaran Untuk Presiden Raisi Dan Mangsa Nahas Helikopter

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kematian Presiden, Menteri Luar Iran: Anwar, Mohamad Zahir Perasaan Duka

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Bulan Sabit Merah Iran Sahkan Penemuan Helikopter Presiden Raisi Yang Terhempas

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Situasi Di Asia Barat: Malaysia Gesa Semua Pihak Cari Jalan Penyelesaian Diplomatik

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Pengasas PKR, Syed Husin Ali Meninggal Dunia

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Dikenakan Waran Tangkap Tidak Hadir Prosiding Sebutan Kes

Semasa 18 jam yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 4 Parah Traktor Pekerja Ladang Jatuh Gaung