web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Situasi Di Asia Barat: Malaysia Gesa Semua Pihak Cari Jalan Penyelesaian Diplomatik

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2024 8:12AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Malaysia menggesa semua pihak yang terbabit dalam insiden terkini di Asia Barat supaya berusaha meredakan ketegangan dan mencari jalan penyelesaian secara diplomatik.

Menurut Wisma Putra, Malaysia sedang memantau situasi terkini di wilayah berkenaan dan menasihatkan rakyat negara ini yang bermastautin atau melancong ke kawasan terbabit supaya sentiasa berwaspada.

"Kementerian Luar Negeri menasihati rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke kawasan tersebut untuk kekal berwaspada dan terus mengikuti perkembangan situasi semasa, sentiasa peka dengan sebarang kemungkinan gangguan jadual penerbangan dan juga disarankan untuk merancang perjalanan mereka dengan sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran di alamat No 25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb atau hubungi talian +98 21 8807 24444 atau +98 21 8807 8606, juga menerusi e- mel mwtehran@kln.gov.my atau mwconsular.teh@gmail.com.

Semalam, media tempatan melaporkan letupan berlaku di Isfahan, di tengah Iran dan ke barat Tabriz yang terletak di barat laut negara itu.

Insiden itu berlaku selepas Tehran melancarkan serangan misil dan dron ke atas Israel pada Sabtu lalu sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas konsulat Iran di Syria yang meragut nyawa tujuh penasihat tenteranya. - Getaran, 20 April 2024

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi