web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tehran Adakan Pengebumian Besar-Besaran Untuk Presiden Raisi Dan Mangsa Nahas Helikopter

Luar Negara Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2024 8:11AM

Lautan manusia melahirkan ucapan takziah atas pemergian Ebrahim Raisi dan rombongannya. – Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TEHRAN – Satu upacara perarakan jenazah Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan mangsa nahas helikopter pada Ahad lepas telah diadakan di ibu kota Iran, Tehran, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).

Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara telah berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas helikopter itu.

Penyokong Revolusi Islam membanjiri jalan-jalan di ibu kota untuk memberi penghormatan terakhir kepada Raisi dan pegawai-pegawai lain yang terkorban dalam nahas helikopter pada 19 Mei di barat laut Iran.

Dengan laungan, "Hari ini adalah hari berkabung", lautan manusia itu melahirkan ucapan takziah atas pemergian presiden dan rombongannya.

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengetuai solat jenazah di Universiti Tehran pada pagi Rabu sebelum perarakan jenazah di ibu kota.

Lebih 40 delegasi asing berpangkat tinggi akan menyertai upacara pada petang Rabu di sini bagi memperingati kematian Presiden Raisi dan rombongannya.

Presiden Iran, Raisi bersama Menteri Luar, Hossein Amirabdollahian dan pegawai- pegawai Iran lain berada dalam penerbangan pulang daripada majlis perasmian empangan di sempadan Iran dengan Azerbaijan pada Ahad apabila helikopter mereka terhempas di kawasan pergunungan di Wilayah Varzaghan.

Kesemua yang berada di dalam helikopter berkenaan terkorban dalam nahas itu. – BERNAMA-IRNA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Kematian Presiden, Menteri Luar Iran: Anwar, Mohamad Zahir Perasaan Duka

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Bulan Sabit Merah Iran Sahkan Penemuan Helikopter Presiden Raisi Yang Terhempas

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Operasi Cari Helikopter Dinaiki Presiden Iran Sedang Berjalan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang