web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KPDN Rampas 80,000 Liter Diesel Bernilai Lebih RM300,000 Di Labuan

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2024 12:08PM

Pasukan penguat kuasa KPDN menemukan minyak diesel yang disembunyikan di dalam empat tangki besar di atas sebuah kapal. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Kementerian Perdangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan merampas 80,000 liter diesel dianggarkan bernilai RM320,000 dalam serbuan di Jeti Jalan Merdeka, semalam.

Pengarahnya Junaidah Arbain berkata dalam serbuan menerusi Ops Tiris pada 11 pagi itu, pasukan penguat kuasa KPDN menemukan minyak diesel yang disembunyikan di dalam empat tangki besar di atas sebuah kapal.

"Lelaki tempatan berusia 70 tahun dipercayai kru kapal berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Junaidah berkata kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 20 (1) akta sama kerana mengangkut barang kawalan tanpa kebenaran.

Beliau berkata KPDN Labuan akan terus melakukan pemeriksaan dan pemantauan berterusan terhadap aktiviti membabitkan barangan kawalan agar tidak berlaku penyelewengan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti melanggar perundangan boleh menyalurkan aduan kepada pihak kementerian melalui WhatsApp 019-2794317/019-8488000, portal aduan e-aduan.kpdn.gov.my atau e-mel kepada e-aduan@kpdn.gov.my selain hadir ke mana-mana pejabat KPDN berdekatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Suplemen Kecantikan Guna Logo Halal Palsu, KPDN Rampas Produk Lebih RM1.3 Juta

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Tindakan Pantas Bomba Kawal Kebakaran Selamatkan Lebih 100 Rumah Kayu

3

Semasa 8 bulan yang lalu

3 Nelayan Labuan Selamatkan Telur Penyu, Ikan Lumba-Lumba Terima Pengiktirafan

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Tindakan Tegas Kepada Pihak Laksana Pembelian Bersyarat Barang Kawalan 

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM

Semasa 20 jam yang lalu

Langkah Eratkan Hubungan Dengan Persekutuan Tindakan Bijak - Sultan Kedah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Gantung Lesen Agensi Pelancongan Terbabit Kemalangan Di Genting Highlands Jika Perlu - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir