web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Suplemen Kecantikan Guna Logo Halal Palsu, KPDN Rampas Produk Lebih RM1.3 Juta

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2024 8:48PM

Produk rampasan yang dirampas bersama pekerja kedai - Gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

POKOK SENA - Sebuah premis mengilang produk kecantikan di sini, diserbu pihak berkuasa kerana menggunakan logo halal palsu terhadap barangan dagangannya yang terdiri daripada suplemen kecantikan.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarah Hidup (KPDN) Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan itu dilakukan pihaknya kira-kira jam 11 pagi semalam bersama pegawai dari Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK).

"Pemeriksaan mendapati premis tersebut bukan pemegang sijil halal diperakukan pihak berkuasa berwibawa sama ada oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

"Namun mereka didapati telah menggunakan logo halal tersebut pada setiap label pek bungkusan pelbagai jenis produk keluaran syarikat berkenaan," katanya.

Sehubungan itu katanya, produk-produk itu yang keseluruhannya bernilai lebih RM1.3 juta dirampas untuk tindakan lanjut. 

"Tindakan diambil mengikut Perenggan 4(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011.

"Peruntukan itu menyatakan bahawa semua makanan dan barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan cara lain untuk menunjukkan barang itu boleh dimakan, atau digunakan oleh orang Islam, melainkan jika diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa," katanya.

Menurutnya jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh dikenakan denda tidak lebih RM200,000 bagi kesalahan pertama dan tidak lebih RM500,000 bagi kesalahan kedua atau seterusnya.

"KPDN memberi amaran kepada peniaga agar tidak menggunakan logo halal tanpa diperakui pihak berkuasa berwibawa sama ada JAKIM atau MAIN.

"Orang ramai diharap dapat menyalurkan maklumat kepada pejabat KPDN jika terdapat kegiatan mencurigakan menerusi pelbagai platform antaranya portal e-aduan 2.0, aplikasi EZ ADU KPDN serta talian 1-800-886-800. - Getaran, 20 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

KPDN Rampas 80,000 Liter Diesel Bernilai Lebih RM300,000 Di Labuan

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Ernie Zakri Muncul Dengan Produk Suplemen Untuk Kekal Bertenaga Jalani Kehidupan Harian

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Tindakan Tegas Kepada Pihak Laksana Pembelian Bersyarat Barang Kawalan 

4

TARA 10 bulan yang lalu

Pengambilan Suplemen Boleh Cegah Kanser Dan Penyakit Lain, Pastikan Jangan Tersalah Pilih!

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Sukan 21 jam yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

oleh Diyana Nawwar