web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ernie Zakri Muncul Dengan Produk Suplemen Untuk Kekal Bertenaga Jalani Kehidupan Harian

Kemunculan produk suplemen ini adalah hasil kerjasama Surya Malaysia dengan Universal Music Malaysia untuk mengabungkan muzik dan kesejahteraan.

Selebriti Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2024 8:38AM

Ernie Zakri (dua, kanan) pada majlis pelancaran Zeleb+NMN, Rabu lalu. – Gambar Zeleb+ NMN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Adakah anda rasa terperangkap dalam rutin menjadi seorang ibu sepenuh masa dan seorang wanita berkerjaya? Perlu bangun awal pagi demi memastikan sarapan tersedia untuk anak-anak dan bersiap untuk pergi kerja? 

Kemudian perlu melalui kesesakan lalu lintas semasa pergi kerja, dan mula bekerja dengan keadaan tertekan? Dalam dunia serba pantas ini, rutin kehidupan di bandar-bandar besar ternyata melelahkan mereka yang harus berkerja demi kelangsungan hidup. 

Dek itu jugalah ada banyak suplemen untuk kesejahteraan tubuh badan yang terdapat di pasaran. Ini semua adalah untuk memenuhi kehendak individu yang memerlukannya. 

Terbaharu, penyanyi berbakat besar, Ernie Zakri dengan kerjasama Surya Malaysia dan Universal Music Malaysia telah tampil dengan produk suplemen, Zeleb+ NMN yang menjanjikan manfaat kesihatan yang diidamkan ramai. 

Zeleb+ NMN merupakan suplemen yang diuji secara saintifik, dirumus dengan 99% NMN (nicotinamide mononucleotide) tulen untuk meningkatkan tahap tenaga dengan berkesan.  – Gambar Zeleb+ NMN
Zeleb+ NMN merupakan suplemen yang diuji secara saintifik, dirumus dengan 99% NMN (nicotinamide mononucleotide) tulen untuk meningkatkan tahap tenaga dengan berkesan.  – Gambar Zeleb+ NMN

Sebagai seorang wanita, penyanyi, isteri dan ibu, Erni tahu pentingnya keseimbangan. Mengekalkan tenaga untuk berjaya dalam semua tanggungjawab boleh menjadi satu cabaran, namun Erni kini boleh menarik nafas lega dengan mengamalkan pengambilan Zeleb+ NMN. 

“Sebagai seorang ibu, saya tidak menafikan tanggungjawab ini memerlukan banyak tenaga. Oleh kerana Zeleb+ NMN dapat memberikan rangsangan tenaga, saya kini berasa lebih mudah untuk melalui rutin harian saya, terutamanya apabila bersama dengan anak saya.

“Apabila mempunyai tenaga, lebih mudah untuk meluangkan masa bersama anak perempuan saya, dari siang hingga malam. Ia membantu saya untuk menjadi lebih bertenaga dan menjadi ibu yang lebih baik,” kongsi Ernie ketika majlis pelancaran produk itu pada Rabu. 

Jelas Ernie lagi, manfaat Zeleb+ NMN bukan terhad untuk membantu meraih tenaga fizikal sahaja, malah ia juga mampu meningkatkan fungsi kognitif dan fokusnya, yang mana ia sangat penting untuk kerjaya nyanyiannya. 

"Sebagai penyanyi, saya percaya ketepatan dan kejelasan memainkan peranan penting dalam setiap persembahan saya. Zeleb+ NMN membantu saya dengan fungsi kognitif dan kekal fokus, terutamanya ketika saya bergelap di dalam studio. Sangat penting bagi saya untuk kekal fokus dan tidak terganggu dengan perkara lain,” ujar Ernie yang turut mengakui bahawa produk ini turut membantu meremajakan kulit. 

Sebagai seorang wanita, penyanyi, isteri dan ibu, Erni Zakri tahu pentingnya keseimbangan.  – Gambar Zeleb+ NMN
Sebagai seorang wanita, penyanyi, isteri dan ibu, Erni Zakri tahu pentingnya keseimbangan. – Gambar Zeleb+ NMN

Sedikit info tentang produk ini, Zeleb+ NMN merupakan suplemen yang diuji secara saintifik, dirumus dengan 99% NMN (nicotinamide mononucleotide) tulen untuk meningkatkan tahap tenaga dengan berkesan. 

Ia terdiri daripada empat bahan aktif utama iaitu 250mg NMN, pterostilbene dalam anggur dan anthocyanidin dalam bilberry untuk penyelenggaraan sel berkaitan usia, serta ditambah dengan betaine dalam ubi bit untuk meningkatkan lagi NAD+ (Nicotinamide Adenine Dinucleotide). 

Suplemen ini didatangkan dalam perisa anggur botani yang lazat, ia rendah lemak, rendah natrium ultra rendah dan tinggi protein. Ia juga mudah disediakan dan anda boleh menikmatinya pada bila-bila masa dan di mana sahaja sesuai dengan gaya hidup moden yang aktif. 

Memandangkan setiap sachet mengandungi dos 250mg NMN yang disyorkan, satu sachet Zeleb+ NMN sehari adalah mencukupi untuk meningkatkan tahap tenaga dan meningkatkan kesihatan sel berkaitan usia sel anda.

Sejak ia dilancarkan, Zeleb+ NMN terus mendapat pujian kerana jaminan kualitinya yang tidak boleh dipertikaikan lagi, memperoleh pensijilan GMP (Amalan Pengilangan Baik) dan akreditasi HACCP dan MeSTI untuk keselamatan makanan, dan pensijilan Halal.

Pelanggan boleh mendapatkan Zeleb+ NMN dari Watsons store terpilih, aplikasi dan website Watsons. Untuk info lebih lanjut, sila layari www.watsons.com.my. - Getaran, 11 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Suplemen Kecantikan Guna Logo Halal Palsu, KPDN Rampas Produk Lebih RM1.3 Juta

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Ernie Zakri Tak Sangka Lagu 'Masing Masing' Kembali Meledak Selepas Dinyanyikan Bella, Adira

3

TARA 7 bulan yang lalu

Ernie Zakri Dilantik Duta Tudung Jenama Ayuwan

4

Muzik 7 bulan yang lalu

Aura, Naskhah Terbaharu Ernie Zakri Untuk Peminat Setianya

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Muzik 16 jam yang lalu

Tam Tak Sangka Konsert Sulung Spider Dapat Sambutan Luar Biasa

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

Menurut Masayu, filem seram Malaysia juga sangat hebat dan dia menyukai Maya Karin selepas menonton filem Pontianak Harum Sundal Malam

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

Imej-imej yang digunakan tidak bersesuaian dengan penampilan si pemilik jenama, Neelofa yang kini berhijab dan berpurdah.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 20 jam yang lalu

Persembahan Kitaro Pukau Pengunjung Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia

oleh Wartawan The Vibes