web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tindakan Tegas Kepada Pihak Laksana Pembelian Bersyarat Barang Kawalan 

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2023 1:28PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh (tiga, kiri) menyampaikan bakul Rahmah kepada penerima terpilih Ngah A/P Jerikloi (dua, kanan) pada majlis prasmian Program Jualan Rahmah Bergerak dan Aduan Suri Peringkat Negeri Perak di Dewan Bandaran Gopeng hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GOPENG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang meletakkan pembelian bersyarat terhadap barangan kawalan seperti minyak masak peket dan gula.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata pihaknya menerima 71 aduan berkaitan pembelian bersyarat di seluruh negara sejak awal tahun ini.

"Bagi mana-mana orang perseorangan yang disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 boleh didenda maksimum RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Pertubuhan perbadanan pula boleh didenda maksimum RM2 juta dan bagi kesalahan kedua didenda tidak melebihi RM5 juta," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jualan RAHMAH Bergerak dan Aduan Suri Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.

Beliau berkata daripada 71 aduan itu, sebanyak 17 kes sudah diambil tindakan, manakala enam lagi dalam siasatan di bawah akta berkenaan.

Sehubungan itu, Fuziah meminta orang ramai mengemukakan aduan sekiranya terdapat pembelian barangan kawalan yang dikenakan syarat, kebiasaannya melibatkan minyak peket, gula dan tepung gandum.

Media baru-baru ini melaporkan KPDN Perak menyerbu sebuah premis perniagaan di Batu Gajah pada 25 Ogos lalu kerana menjual gula pasir secara bersyarat.

Sementara itu, ditanya mengenai laporan mendakwa bekalan minyak masak peket satu kilogram sukar didapati di Negeri Sembilan dan Melaka, beliau berkata terdapat pasukan khas yang menjalankan siasatan sekiranya berlaku ketirisan berhubung aduan berkenaan.

Beliau berkata kementerian dalam proses mewujudkan mekanisme bagi minyak masak subsidi bersasar secara berperingkat mulai tahun hadapan bagi memastikan ia diterima secara terus kepada golongan yang layak.

"Kita sedang membuat keputusan berkaitan isi rumah yang layak menerima subsidi bersasar ini sama ada golongan B40 atau M40 serta industri-industri mikro yang menjual pisang goreng dan ayam goreng di pasar malam dan sebagainya," katanya. - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Suplemen Kecantikan Guna Logo Halal Palsu, KPDN Rampas Produk Lebih RM1.3 Juta

3

Semasa 3 minggu yang lalu

KPDN Rampas 80,000 Liter Diesel Bernilai Lebih RM300,000 Di Labuan

4

Semasa 3 bulan yang lalu

8.1 Τan Makanan Bazar Ramadan Diselamatkan Menerusi Program MySaveFood - Fuziah

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tular Di Telegram

oleh Diyana Nawwar

Semasa 14 jam yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Semasa 4 jam yang lalu

Waktu Kerja Lebih Fleksibel Mampu Tingkatkan ‘Work Life Balance’ Rakyat Malaysia

oleh Diyana Nawwar