web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saksi Kemalangan Maut Di NKVE Diminta Tampil Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2022 10:03AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis meminta saksi kemalangan membabitkan penunggang motosikal di Kilometer 15.6 Lebuhraya Baru Lembang Klang (NKVE), tampil membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira pada jam 6.30 pagi semalam,  mangsa, warga tempatan berusia 51 tahun yang menunggang Honda Wave maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa mengubah laluan lorong.

“Siasatan awal mendapati mangsa mengubah haluan dari lorong ketiga ke lorong kedua.

“Kereta yang berada di lorong kedua gagal mengelak dan melanggar mangsa dari arah belakang,” katanya hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca serta sebab kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 014-2536820,” katanya. - Getaran, 5 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia