web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Polis, 29 Banduan Nyaris Maut Black Maria Terbakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2021 4:50PM

Trak Black Maria dinaiki 4 polis dan 29 banduan terbakar di Kampung Demit, Kubang Kerian.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU -  Empat anggota polis dan 29 banduan nyaris maut apabila trak Black maria yang dinaiki mereka terbakar dalam kejadian di Kampung Demit, Kubang Kerian, di sini, hari ini.

Insiden pada jam 9 pagi itu berlaku ketika mereka sedang dalam perjalanan dari Pengkalan Chepa, ke pusat kuarantin COVID-19 di Batu Jong, Kuala Krai.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kejadian berkenaan turut meragut nyawa seorang lelaki berusia 21 tahun, apabila motosikal dinaiki mangsa merempuh belakang sebuah Proton Saga.

Menurut beliau, rempuhan itu menyebabkan mangsa termasuk ke laluan bertentangan, sebelum terperosok di bawah trak terbabit.

“Trak itu cuba menekan brek namun tidak sempat mengelak mangsa, menyebabkan pemuda berkenaan termasuk ke bawah Black Maria terbabit.

“Ia menyebabkan mangsa yang sedang dalam perjalanan ke kelas memandu mengalami kecederaan parah akibat digilis Black Maria itu dan meninggal dunia di lokasi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Shafien memberitahu, kemalangan berkenaan menyebabkan trak terbabit terbakar sehingga 80 peratus.

“Susulan kejadian, semua banduan dipindahkan ke trak Black Maria lain, yang kebetulan turut dalam perjalanan ke Kuala Krai,” katanya.

Shafien berkata, saksi kejadian diminta tampil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi, Zizah Yusoff, 51 berkata, beliau melihat percikan api keluar dari bahagian bawah trak, diikuti beberapa letupan kecil.

"Trak polis itu berhenti di hadapan kedai dan saya terus memberitahu polis bahawa ada api di bawah kenderaan mereka.

"Kesemua anggota polis terus turun dan membawa keluar semua tahanan yang ada di dalam lori," katanya. - Getaran, 23 Mac 2021

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 46 minit yang lalu

Persiapan Istiadat Pertabalan Agong Sudah Di Peringkat Akhir

Sukan 20 minit yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Semasa 23 jam yang lalu

Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tular Di Telegram

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya