web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kelewatan Baja Subsidi 'Merebak' Ke Perlis, Perak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 May 2022 5:17PM

Selain Kedah, pesawah di Perlis dan Perak turut mendakwa belum mendapat bekalan baja subsidi. - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Semakin mencetuskan kebimbangan berhubung jumlah keluaran hasil tuaian pagi dan pulangan pendapatan pengusahanya, apabila kelewatan bekalan baja subsidi dialami pesawah di Kedah, kini ‘merebak’ ke Perlis serta Perak.

Pengerusi Suara Tani Perlis, Mohd Noor Hashim berkata, pesawah di Unit Padang Besar Selatan, Perlis ketika ini masih belum menerima bekalan baja itu.

Malah, katanya, setakat ini beliau belum mendapat maklum balas daripada kesemua lima Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Perlis, sama ada sudah menerima bekalan baja berkenaan untuk diagihkan kepada petani. 

''Usia padi di sesetengah kawasan masuk sebulan dan sepatutnya pesawah sudah laksanakan dua kali proses membaja. Tetapi sehingga kini, pesawah tersebut langsung tidak menerima bekalan baja untuk mengusahakan padi mereka walau sekali pun.

''Jadi keadaan ini memang dikesalkan. Ketika ‘pusingannya’ sudah ‘lari’, kita memang boleh jangka bahawa hasil dan pendapatan petani pada musim penanaman kali ini akan terjejas,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Terdahulu, portal ini melaporkan keluhan petani, termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan yang mendakwa berlaku kelewatan bekalan padi di Kedah.

Perkara itu kemudian diakui Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dengan Pengerusi Jemaah Pengarahnya, Datuk Zamri Yaakob mendakwa, masalah terbabit berpunca daripada ketiadaan bekalan sejenis bahan mentah yang diimport, iaitu muriate of potash (MOP) ekoran peperangan Russia-Ukraine.

Mohd Noor berkata, isu tersebut tidak sepatutnya timbul ketika NAFAS sudah berpuluh tahun ditubuhkan, malah seharusnya memiliki pengalaman luas dalam urusan berkaitan pertanian serta perladangan. 

''Perang antara Rusia dan Ukraine baru berapa bulan berlaku. Takkanlah dalam tempoh sebelum itu, pihak terbabit tidak buat persediaan awal untuk menyediakan baja kepada petani?

''Golongan (petani) ini seolah-olah tak habis dibelenggu masalah yang boleh menjejaskan pendapatan dan hasil tanaman. Sebelum ini timbul isu benih padi dan sekarang ini, datang pula masalah baja. Kami petani selalu menjadi mangsa kealpaan banyak pihak dan kalau boleh, janganlah anggap semua ini sebagai jenaka sebaliknya ambil ia sebagai perkara serius,'' katanya.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Persaudaraan Pesawah Malaysia (PESAWAH), Azhar Hashim memaklumkan, masih ada pesawah di tempatnya, iaitu di Bagan Serai, Perak tidak menerima baja tersebut akibat bekalan terhad sehingga ini.

''Daripada 36 unit yang ada di Bagan Serai, cuma kira-kira 15 ke 20 unit sudah menerima bekalan baja. Selebihnya masih belum terima lagi.

''Kami difahamkan NAFAS kehabisan bahan mentah menyebabkan kilang mereka tidak dapat beroperasi berpuluh hari sebelum ini.

''Apabila perkara ini dimaklumkan kepada pesawah, terdapat pelbagai reaksi dengan ada antara mereka yang faham dan segelintir tidak berpuas hati,” katanya.

Begitu pun katanya, ketika ini bekalan baja tersebut sudah diterima secara berperingkat sejak Aidilfitri.

''Kita harap perkara ini (penerimaan bekalan) berterusan. Kalau tak dapat tiga atau empat treler hantar baja dalam sehari, sebuah pun cukuplah. Asalkan ada untuk diagihkan kepada pesawah.

''Janganlah sampai tak ada langsung. Apabila bekalan tak ada dan pesawah pula menabur benih secara serentak, itu yang jadi sedikit kelam-kabut,” katanya. - Getaran, 25 Mei 2022

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia