web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Menunggang Secara Berbahaya, 9 ‘Superman’ Antara 22 Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 11:04AM

Antara aksi merbahaya yang dilakukan oleh penunggang motosikal. - Gambar dari Facebook JSPTKL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 22 individu ditahan termasuk sembilan ‘superman’ jalan raya yang dikesan menunggang motosikal secara merbahaya dalam operasi bersepadu Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur.

Operasi yang dijalankan selama dua hari di sekitar ibu kota, Jalan Raja Laut, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching dan Lebuhraya DUKE itu menggunakan khidmat 17 pegawai dan 128 anggota JSPTKL.

Timbalan Ketua JSPTKL, Superintendan Zulkafli Chek Lah berkata, sebanyak 463 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan manakala 26 motosikal disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).

Menurutnya, seramai 12 lelaki berusia antara 23 hingga 59 tahun ditahan mengikut Seksyen 45(A) APJ 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Polis turut menahan seorang penunggang motosikal berusia 20 tahun yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29(1) AKK 1955 dan akan dituduh di bawah Seksyen 108(3)(e) APJ 1987 kerana memalsukan nombor pendaftaran kenderaan.

“Selain itu, sembilan lelaki turut ditahan kerana menunggang dalam keadaan merbahaya dengan melakukan aksi zig-zag, roket, superman serta bersaing,” katanya hari ini.

Beliau berkata, semua suspek yang ditahan kerana disyaki berada di bawah pengaruh alkohol dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur dan akan dituduh mengikut Seksyen 45(A) APJ 1987.

“Penunggang motosikal yang berusia antara 14 hingga 21 tahun telah dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur dan akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Zulkafli berkata, JSPTKL akan terus mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik (JSPT), Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau balai berhampiran,” katanya. - Getaran, 5 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia