web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Berpantang Maut Sebelum Ajal, 2 Pemandu Selamat Kemalangan Treler

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 3:25PM

Keadaan treler yang rosak teruk, namun pemandunya selamat tanpa cedera. - Gambar dari Polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Berpantang maut sebelum ajal, itu perumpamaan paling sesuai untuk menggambarkan nasib dua pemandu lori, selepas kenderaan dipandu bertembung dalam kemalangan di Batu 28, Jalan Apas Balung, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, kedua-dua pemandu selamat tanpa sebarang kecederaan walaupun kenderaan mereka mengalami kerosakan teruk.

Seorang daripada mereka memberitahu, treler dipandungan yang sarat dengan muatan makanan sedang dalam perjalanan dari Tawau ke Lahad Datu.

Keadaan jalan raya ketika itu dikatakan begitu gelap apabila lampu tidak berfungsi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas berkata, mangsa tidak menyedari terdapat sebuah lori jenis UD sedang diparkir di bahu jalan kerana mengalami kerosakan, tetapi tidak meletakkan sebarang tanda amaran atau lampu kecemasan.

“Mangsa mendakwa tidak menyedari keadaan itu dan merempuh bahagian belakang lori berkenaan.

"Rempuhan berkenaan menyebabkan bahagian hadapan treler dipandu lelaki berusia 57 tahun itu rosak teruk, manakala barang muatannya turut terjatuh di atas jalan,” katanya.

Peter berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori kren itu, seorang lelaki berusia 49 tahun hanya meletakkan kon dalam jarak 10 meter dari belakang kenderaan tanpa sebarang lampu atau alat segi tiga kecemasan.

“Keadaan lampu jalan yang tidak berfungsi turut menghadkan lagi jarak penglihatan pada waktu gelap,” katanya.

Kes disiasat mengikut Peraturan 16(1) LN166/59. - Getaran, 28 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

2

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Khas Untuk Selesaikan Isu Kewarganegaraan Di Sabah

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan

Semasa 18 jam yang lalu

Pelawak, Isteri Direman 2 Hari Bantu Siasatan Penyebaran Maklumat Dalaman IPD

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

China Lebur Impian Malaysia Ke Final Kejohanan Badminton Remaja Asia

Sukan 21 jam yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara