web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


COVID-19, Rakyat Malaysia Kongsi Kisah Alami Pandemik Di Rantau Orang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2021 2:57PM

Wardina dan suami kini telah berhijrah ke Australia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Sejak setahun lalu, nama COVID-19 menghantui seluruh dunia, selepas meninggalkan kesan yang amat mengerikan.

Kemunculannya di Wuhan, China pada Disember 2019 pantas menjadi mimpi buruk di setiap pelosok bumi apabila meragut jutaan nyawa, mengatasi beberapa pandemik terburuk yang pernah melanda tamadun manusia sebelum ini.

Sehingga detik ini, virus yang pada mulanya disangka kuman pneumonia itu masih tidak mempunyai penawar, dan manusia kini bergantung harap kepada pembangunan beberapa jenis vaksin oleh gergasi farmaseutikal dunia.

Kendatipun, pakar menjelaskan bahawa vaksin COVID-19 bukan penyembuh, sebaliknya membantu mencegah jangkitan dan mewujudkan imuniti kelompok, untuk mengelak komplikasi lebih buruk pada masa akan datang.

Penularan virus ini turut dirasai oleh beberapa rakyat Malaysia yang kini menetap di luar negara, termasuk personaliti terkenal, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 42.

Mesra dikenali sebagai Wardina, bintang sitcom Spanar Jaya yang sudah berhijrah ke Queensland, Australia itu berkata, beliau bertuah kerana bumi didudukinya ini tidak mencatatkan kes terbaharu, khususnya jangkitan tempatan sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, kebanyakan kes adalah jangkitan import yang pulang ke Australia dan pesakit diwajibkan menjalani kuarantin serta merta tanpa sebarang kompromi.

Wardina dan keluarga kini menetap di Queensland
Wardina dan keluarga kini menetap di Queensland

Australia katanya, memiliki prosedur operasi standard (SOP) yang amat ketat, diikuti tahap pematuhan rakyat pada skala tinggi, justeru penularan wabak COVID-19 dapat dibendung dengan pantas.

“Saya tengok di sini kerajaan sangat tegas, begitu amanah dalam menjalankan tugas dan mereka tidak berkompromi (dalam perkara membabitkan COVID-19. Semua wajib mengikut arahan.

“Di sini, perintah berkurung akan segera dilaksanakan walaupun hanya terdapat satu jangkitan tempatan,” katanya kepada Getaran.

Apa yang menarik jelas Wardina, kerajaan tempatan amat mengambil berat perihal rakyat yang terkesan dengan pandemik itu, khususnya dari aspek kewangan dan kehidupan seharian.

“Seperti juga negara lain, ramai penduduk di Australia kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan, namun kerajaan sentiasa cakna serta bersedia dengan pelbagai skim bantuan.

“Sebagai contoh, penduduk yang hilang pekerjaan akan menerima pampasan setiap dua minggu, dikenali sebagai JobKeeper Payment dan kerajaan memastikan, tiada penduduk hidup dalam keadaan berlapar,” katanya.

Undang-undang yang ketat turut dilaksanakan kerajaan Britain, dan ia disahkan Siti Rahmah Ghazali, 36 yang kini menetap di Sheffield sejak tiga tahun lalu.

Rahmah, yang kini bertugas sebagai wartawan di sebuah media tempatan di sana berkata, pergerakan semua penduduk dikawal ketat dan mereka sama sekali tidak dibenarkan meninggalkan kediaman masing-masing, melainkan atas urusan penting.

Katanya, perkara yang dikategorikan sebagai penting termasuk membeli barang dapur, keperluan perubatan dan bertugas di pejabat.

“Kami tidak dibenarkan merentas daerah manakala restoran hanya dibenarkan mengambil pesanan take away. Kebanyakan sektor pula mengarahkan petugas bekerja dari rumah.

“Jika perlu bertugas di luar, wajib memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal,” kata Rahmah, yang menetap di Sheffield kerana mengikut suaminya melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Rahmah
Rahmah

Ditanya mengenai peratusan kes semasa, ibu kepada seorang anak itu berkata, jumlah jangkitan COVID-19 sejak beberapa minggu lalu mencatatkan penurunan, susulan pemberian vaksin, bermula awal Disember lalu.

“Penerimaan masyarakat di sini terhadap vaksin di sini agak baik dan  England sudah memberikan dos pertama vaksin kepada hampir lima juta rakyatnya. 

“Pemberian vaksin diberikan mengikut kumpulan utama seperti yang tersenarai dalam jawatankuasa kesihatan, membabitkan lapan kumpulan utama antaranya, warga emas berusia 90, 80 dan 70 tahun ke atas, pekerja barisan hadapan dan care workers (penjaga orang-orang tua),” katanya.

Jelas beliau, keutamaan turut diberikan kepada golongan rentan dan individu yang memiliki sejarah penyakit kronik, serta terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19.

Yuki dan suami pernah membuka restoran tetapi ia telah ditutup pada 2019
Yuki dan suami pernah membuka restoran tetapi ia telah ditutup pada 2019

Bekas wartawan akhbar berbahasa Inggeris, Ling Poh Lean, 34 yang kini menetap di Sicily, Itali pula berkata, kehadiran wabak COVID-19 mengubah landskap negara itu selepas sekian lama menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia.

“Seperti kebanyakan negara, Itali turut melaksanakan peraturan ketat dengan tidak membenarkan kemasukan pelancong asing, walaupun sektor pelancongan antara penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi, dan langkah ini menyebabkan industri terbabit berada dalam keadaan tenat,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Yuki berkata, kerajaan Itali turut mengarahkan semua kedai ditutup, manakala restoran hanya dibenarkan untuk mengambil pesanan take away.

“Saya dan suami sebelum ini mengusahakan gerai makan secara kecil-kecilan tetapi membuat keputusan menghentikan operasi pada 2019.

“Sesungguhnya ia adalah keputusan yang terbaik kerana cuba bayangkan jika kami masih menyewa dalam keadaan perintah berkurung sedang dilaksanakan. Sudah pasti kami akan menanggung kerugian besar,” katanya.

Yuki memberitahu, jumlah kematian di Itali dilaporkan semakin rendah berikutan kejayaan kerajaan mengawal penularan wabak dengan baik.

“Tapi ada perkara yang semakin membimbangkan, iaitu peratusan pengangguran semakin bertambah di negara ini, sehingga menimbulkan kerisauan orang ramai,” katanya. – Getaran, 31 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Gempa Bumi Di Taiwan - Wisma Putra

3

Ekonomi 3 bulan yang lalu

Anwar Tarik Pelabur Australia Dan ASEAN, Kongsi Persekitaran Kondusif Malaysia

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Ada Potensi Luas Untuk Kukuhkan Perkongsian ASEAN - Australia - Anwar

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 3 jam yang lalu

Semakan Kehakiman: Mahkamah Tolak Permohonan Najib

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 3 jam yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Semasa 1 hari yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

oleh Sophia Ahmad