web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anwar Tarik Pelabur Australia Dan ASEAN, Kongsi Persekitaran Kondusif Malaysia

Ekonomi Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2024 2:36PM

Perdana Menteri berkata, Malaysia berada dalam keadaan stabil dan kukuh - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELBOURNE - Dalam usaha menarik kalangan pelabur dan perniagaan Australia dan Asean untuk mempertimbangkan Malaysia secara serius bagi melabur, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan kestabilan politik, kejelasan dasar serta tadbir urus baik dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi pelaburan serta pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Sejajar misi meraih perhatian pelabur dan perniagaan Australia serta Asean di acara Persidangan Invest Asean di sini pada Khamis, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata di bawah kepimpinan beliau, Malaysia berada dalam keadaan stabil dan kukuh.

"Menerusi kestabilan politik ini, kita memberi tumpuan terhadap tadbir urus yang baik. Selain itu, wujud kejelasan dasar iaitu perancangan serta keutamaan yang lebih jelas," kata beliau di hadapan barisan hadirin antarabangsa yang menghadiri acara berkenaan.

Perdana Menteri dalam rangka lawatan rasmi ke Australia pada 4-7 Mac ini atas jemputan rakan sejawatannya, Perdana Menteri Anthony Albanese.

Selain itu, Anwar berkata kerajaan juga menyedari dalam usaha memacu ekonomi, apa yang penting adalah menyegerakan serta mempercepat kadar keutamaan, sebagai contoh, dalam aspek transformasi digital.

"Kita komited untuk mengambil apa juga langkah wajar bagi memastikan ini dapat direalisasikan," kata beliau.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut menegaskan bahawa peranan kerajaan tidak hanya sebagai menyediakan kemudahan berkaitan, tetapi juga melibatkan aspek mempercepat proses serta berupaya mengenal pasti soal keutamaan.

"Bagi saya, isu dengan kerajaan ialah adakalanya kita (menganggap) seperti tahu semua perkara.

"Atas alasan inilah, saya katakan kepada rakan-rakan dalam Jemaah Menteri bahawa walaupun kita telah menggariskan kejelasan dasar ini dari segi peralihan tenaga, kita juga perlu memikirkan mengenai masa depan," kata beliau.

Menjawab pertanyaan mengenai dana kekayaan negara, Anwar menjelaskan walaupun dana-dana itu secara teknikalnya di bawah kawalan kerajaan, aspek seperti keputusan perniagaan yang diambil oleh Khazanah Nasional dan PETRONAS yang dipengerusikan beliau, adalah semata-mata berasaskan matlamat perniagaan.

"Biarpun secara teknikalnya saya mempengerusikannya, saya telah menyatakan dengan jelas. Keputusan itu, keputusan perniagaan adalah berdasarkan garis panduan dasar.

"Keputusan perniagaan mesti dibuat oleh mereka dalam bidang itu, kalangan pakar," kata beliau. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

2

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

3

Semasa 1 hari yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

4

Semasa 2 hari yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0