web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


COVID -19: Rakyat Malaysia Di Thailand Disaran Daftar Dengan Kedutaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2021 11:49AM

Kedutaan Malaysia di Bangkok. - Gambar dari Facebook Embassy of Malaysia, Bangkok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Rakyat Malaysia yang bermastautin di Thailand disarankan untuk mendaftarkan diri dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

Duta Besar Malaysia di Thailand Datuk Jojie Samuel berkata kedutaan itu sedang mengumpul data mengenai rakyat Malaysia yang tinggal di negara Gajah Putih itu.

Menurut beliau usaha tersebut bertujuan membantu pihak berkuasa Thailand yang sedang menjalankan tinjauan dan mengumpul data mengenai warga asing yang memerlukan vaksin COVID-19 di negara berkenaan.

Katanya, Thailand merancang untuk memperluas program vaksinasi COVID-19 secara percuma kepada warga asing yang tinggal di negara berkenaan yang meliputi golongan ekspatriat, pekerja migran dan pelajar.

"Sekiranya, kerajaan Thailand memperluas program vaksinasi kepada warga asing, maka kami dapat memberikan data tersebut kepada pihak berwajib,” katanya kepada Bernama.

Menurut beliau, rakyat Malaysia boleh membuat pendaftaran dengan menghantar maklumat butiran diri  (nama, jantina, nombor kad pengenalan dan pasport, lokasi dan nombor telefon) ke e-mel mwbangkok@kln.gov.my atau melayari laman Facebook Kedutaan Malaysia di Bangkok.

Sehingga kini, Jojie berkata terdapat kira-kira 1,200 rakyat Malaysia yang bermastautin di Thailand mendaftar dengan kedutaan.

Terdapat kira-kira 8,000 hingga 10,000 rakyat Malaysia yang menetap di sini, katanya.

Dalam perkembangan berlainan, Jojie berkata, pertandingan video "Thai Tiew Malaysia" anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, adalah inisiatif untuk mempromosi dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama ketika waktu mencabar kini.

Katanya, pertandingan ini merupakan inisiatif untuk meningkatkan kesedaran dan mempergiatkan kempen Malaysia Truly Asia terutamanya ketika sekatan perjalanan akibat penularan pandemik COVID-19.

"Saya berharap bahawa inisiatif ini akan mencetuskan minat dalam kalangan pelancong dan menarik minat mereka untuk melawat ke Malaysia setelah pintu sempadan dibuka semula," katanya.

Jojie berkata, Malaysia menguatkuasakan sekatan perjalanan yang lebih ketat termasuk menyekat kemasukan pelancong antarabangsa, mewajibkan ujian saringan COVID-19 dan kuarantin semasa ketibaan pelawat sebagai usaha mengekang penularan COVID-19.

"Anjakan aliran dalam kecenderungan lawatan pelancong setelah berlaku pandemik telah memaksa industri pelancongan untuk membuat perubahan drastik dan menyesuaikan industri dengan norma baharu.

“Industri pelancongan ini tidak mempunyai pilihan untuk berkembang selain bergerak seiring dengan penularan wabak dan mencari jalan untuk memastikan pelancongan yang selamat untuk semua,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

Semasa 14 jam yang lalu

Akademi Air Asia Lalui Penjenamaan Semula, Perkasa Kemahiran Dan Bakat Individu

oleh Diyana Nawwar