web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PKP Mengejut, Penduduk Mengeluh Rugi Ribuan Ringgit

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2021 9:52PM

Majlis kenduri diadakan dengan mengikuti SOP yang ketat di Tawau, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Keputusan kerajaan mengenakan penguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara mengejut di daerah ini, menyebabkan ramai pihak mengalami kerugian ribuan ringgit selepas mereka terpaksa membatalkan program sosial yang sudah diatur sejak lebih dua minggu lalu.

Abdul Munir Sihan, 54, berkata, dia membelanjakan kira-kira RM5,000 sebagai persiapan kenduri akikah cucunya yang dijadualkan berlangsung hari ini.

"Lebih 80 peratus persiapan sudah disediakan termasuk kambing, ikan, ayam, sewa kanopi, kerusi dan meja.

"Namun, apabila kerajaan mengumumkan PKP bermula hari ini, kami sekeluarga terkedu seketika, memikirkan persiapan yang telah dilakukan," katanya kepada Getaran.

Sehubungan itu, Abdul Munir sekeluarga memutuskan untuk melakukan kenduri tahlil dan mempercepatkan akikah cucunya pada malam semalam

"Mujur ahli keluarga tinggal berhampiran dan kami menjemput mereka bagi membolehkan lauk pauk dihabiskan, sekali gus mengelak pembaziran," katanya.

Situasi sama dihadapi Mohd Nazri Herlandez, yang mendakwa sudah membelanjakan hampir RM8,000 untuk majlis resepsi tertutup adiknya, hari ini.

"Persiapan dibuat sejak minggu lalu dan kerja pemasangan tiga khemah yang disewa mula berjalan sejak kelmarin.

"Malah hampir 90 peratus juadah termasuk 100 kilogram ayam, ikan dan sayuran sudah siap dan sedia untuk dimasak untuk juadah tetamu hari ini," katanya.

Sebaik sahaja mendengar pengumuman kerajaan, petang semalam, mereka hanya saling berpandangan sambil melihat kepada khemah dan bahan basah yang ada.

"Perkara pertama terlintas di fikiran ketika itu, siapa hendak habiskan makanan ini untuk 150 orang ini?

"Malah kuih-muih tradisional yang ditempah juga sudah tiba malam tadi bersama kek pengantin dianggarkan bernilai RM500," katanya yang membayar semua tempahan berkenaan.

Sehubungan itu, Mohd Nazri segera menghubungi talian hotline Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah di talian 088-488512 bagi memaklumkan masalah mereka.

"Ketika itu, kami dinasihatkan untuk meneruskan majlis, namun, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk tiada tetamu dibenarkan makan secara berhidang.

"Justeru, pagi tadi, kami segera membeli bekas untuk membungkus semua makanan terbabit untuk diagihkan kepada tetamu yang datang termasuk penduduk berhampiran, bagi mengelakkan pembaziran berlaku," katanya.

Sementara itu, pemilik butik andaman, Norhaida Rasdan, 32, berkata, dua pelanggannya hari ini telah membatalkan tempahan manakala lapan tempahan lain terpaksa ditangguhkan sepanjang pelaksanaan PKP 3.0 di Tawau.

"Untuk majlis resepsi hari ini, kami sudah memasang pelamin sejak petang semalam.

"Namun, kami terpaksa membukanya semula selepas pihak tuan rumah membatalkan majlis resepsi hari ini," katanya.

Walaupun merugikan kedua-dua pihak, Norhaida tetap akur dengan keputusan kerajaan dalam usaha memerangi COVID-19.

"Jika diikutkan ramai pihak merungut kerana terkesan dengan perlaksanaan PKP secara mengejut sehingga tidak cukup masa untuk melakukan persiapan.

"Sebagai pihak yang menyediakan perkhidmatan, saya akur dan tidak mengenakan bayaran kepada pelamin yang belum dipasang," katanya.

Norhaida beranggapan 'pembatalan' saat akhir itu bukan kehendak pengantin mahu pun pihaknya, sebaliknya berdasarkan peraturan semasa PKP.

Semalam, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perlaksanaan PKP di Tawau bermula hari ini sehingga 16 April depan.

Menurutnya keputusan itu dibuat selepas mengambil kira status kes COVID-19 serta nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP. - Getaran, 3 April 2021

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 11 jam yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

Semasa 1 hari yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos

Semasa 3 jam yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

Sukan 15 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA