web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hukuman Keterlaluan, Menjatuhkan Maruah Harus Dihapus – SUHAKAM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 7:32AM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan hukuman sebatan sebagai keterlaluan. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengesyorkan pelaksanaan hukuman yang tidak selaras dengan hak asasi manusia antarabangsa juga perlu dimansuhkan, bukan hanya membabitkan sebat atau rotan.

Pengerusi SUHAKAM, Profesor Datuk Dr Rahmad Mohamad berkata, pihaknya telah mengambil pelbagai langkah dalam memperjuangkan penghapusan segala bentuk hukuman yang keterlaluan dan menjatuhkan maruah.

Atas sebab itu, katanya, SUHAKAM menyokong pendirian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menyifatkan hukuman sebatan sebagai keterlaluan.

“SUHAKAM telah mengesyorkan kepada kerajaan untuk memansuhkan semua undang-undang domestik yang membenarkan pelaksanaan hukuman sebatan, seperti sebat dan rotan kerana ia tidak selaras dengan prinsip hak asasi manusia antarabangsa,” katanya menerusi kenyataan..

Menurut beliau, SUHAKAM menggesa kerajaan agar memastikan larangan ke atas sebarang bentuk penyeksaan dan melaksanakan segera langkah perlu di seluruh negara, termasuk membangunkan Pelan Tindakan Pencegahan Penyeksaan.

Rahmad berkata, pelan tersebut haruslah mengambil kira tiga elemen, termasuk rangka kerja undang-undang melarang penyeksaan, pelaksanaan rangka kerja undang-undang yang berkesan dan mekanisme untuk memantau pelaksanaannya.

Semalam, media melaporkan, Wan Junaidi berpandangan hukuman sebat diguna pakai pada masa ini terlalu kejam dan tidak berperikemanusian.

Tegas beliau, hukuman diwarisi sejak zaman penjajah itu perlu dikaji semula, justeru satu jawatankuasa teknikal akan ditubuhkan bagi membuat kajian, selain mendengar input semua pihak, termasuk pemegang taruh.

“Oleh kerana kementerian dan juga Jabatan Peguam Negara (AGC) sekarang sedang mengkaji hukuman alternatif, jadi dalam hukuman alternatif itu termasuklah sebatan dan sebagainya.

“Jadi saya melihat sebatan sehingga 15 kali itu keterlaluan, kejam dan tidak berperikemanusiaan, yang tiga kali (sebat) sudah pengsan, kalau (15) setengah mati.

“Jadi dalam keadaan demikian saya hendak kaji secara holistik bersama dengan pihak tertentu,” katanya.

Sementara itu, Rahmat berkata, SUHAKAM mengulangi komitmennya untuk memerangi penyeksaan dan advokasi berterusan ke arah penyertaan dalam Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT).

“SUHAKAM juga memberikan komitmen terhadap Protokol Pilihannya dan juga larangan terhadap penyeksaan seperti termaktub dalam Perkara 5 Perlembangaan Persekutuan dan Perkara 3 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) 1948,” katanya. - Getaran, 24 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' Tidak Pernah Diguna Dalam Peruntukan Angkat Sumpah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tahap 2 TIP: Tanda Kemajuan Ketara Tangani Isu Pemerdagangan Orang - SUHAKAM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

KDN Akan Bentang Kertas Kerja Bawa Keluar Kanak-Kanak Dari Depot Tahanan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Langkah Positif Suruhanjaya Kanak-Kanak Sebagai Badan Berkanun Bebas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 11 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 12 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad