web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tahap 2 TIP: Tanda Kemajuan Ketara Tangani Isu Pemerdagangan Orang - SUHAKAM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 7:08AM

kerjasama antara kerajaan, organisasi masyarakat sivil dan pihak berkepentingan yang relevan, penting untuk merealisasikan objektif Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Antipemerdagangan Orang 2021-2025 (NAPTIP 3.0), dan Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Buruh Paksa 2021-2025 (NAPFL) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Status Malaysia pada Tahap 2 Pemerhatian menerusi Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang (TIP) Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) 2023, menandakan kemajuan ketara dalam menangani isu pemerdagangan orang di negara ini, berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Justeru, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Prof Datuk Rahmat Mohamad berkata organisasi tersebut, memuji usaha bersepadu kerajaan dan semua pihak berkepentingan dalam meningkatkan kedudukan TIP negara.

“Langkah-langkah yang diambil kerajaan, mencerminkan komitmen yang kukuh untuk memerangi pemerdagangan orang dan mengiktiraf kepentingan untuk keluar dari Tahap 3, bagi mengelakkan sekatan eksport produk-produk tempatan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Sebagai organisasi yang komited dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia termasuk memerangi pemerdagangan orang, Rahmat berkata SUHAKAM tetap teguh dalam menyokong inisiatif yang bertujuan untuk membasmi jenayah tersebut.

Beliau menyifatkan kerjasama antara kerajaan, organisasi masyarakat sivil dan pihak berkepentingan yang relevan, penting untuk merealisasikan objektif Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Antipemerdagangan Orang 2021-2025 (NAPTIP 3.0), dan Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Buruh Paksa 2021-2025 (NAPFL).

Suhakam juga mengulangi saranannya kepada kerajaan, untuk meningkatkan usaha bagi menghalang, menerajui pembasmian pemerdagangan orang, penyeludupan migran dan memastikan perlindungan sepenuhnya serta bantuan kepada mangsa pemerdagangan dan penyeludupan di setiap peringkat.

Laporan TIP yang dikeluarkan 15 Jun, menunjukkan kedudukan Malaysia naik daripada Tahap 3 ke Tahap 2 Pemerhatian, sementara menyarankan agar Malaysia memberi penekanan kepada kes pemerdagangan orang yang melibatkan penjawat awam serta menambah baik kerjasama antara agensi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KDN Akan Bentang Kertas Kerja Bawa Keluar Kanak-Kanak Dari Depot Tahanan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Langkah Positif Suruhanjaya Kanak-Kanak Sebagai Badan Berkanun Bebas

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Ahmad Zahid Harap Jawatankuasa Diberi Kuasa Badan Penyelia Berkaitan Isu Kanak-Kanak

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SUHAKAM Gesa Kerajaan Perpaduan Pupuk Semangat Kebersamaan Rakyat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi