web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Harap Jawatankuasa Diberi Kuasa Badan Penyelia Berkaitan Isu Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2023 9:29PM

Terdapat beberapa isu lain berkaitan kanak-kanak masih lagi berlegar dan belum mendapat pembelaan yang sewajarnya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap jawatankuasa sosial bagi meneliti masalah berkaitan kanak-kanak yang akan dipengerusikannya diberi kuasa sebagai badan penyelia berkaitan pendidikan, hak dan jenayah terhadap kanak-kanak.

Ahmad Zahid yang diminta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempengerusikan jawatankuasa sosial itu berkata beliau akan memperhalusi penubuhan jawatakuasa itu secepat mungkin kerana ia turut melibatkan isu-isu terkait dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Saya melihat pelantikan ini sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang besar memandangkan isu penderaan kanak-kanak belum dapat dituntaskan.

"Malah, terdapat beberapa isu lain berkaitan kanak-kanak masih lagi berlegar dan belum mendapat pembelaan yang sewajarnya. Kanak-kanak memerlukan perlindungan dan perhatian kita," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid berkata permasalahan anak-anak yang berbapakan warga asing atau beribukan warga asing akan turut ditangani oleh jawatankuasa itu dengan pelaksanaan dalam kadar segera oleh Kementerian Dalam Negeri.

"Ini juga merupakan satu lagi usaha di bawah Kerajaan Perpaduan yang prihatin untuk memberi pelindungan kepada kanak-kanak yang tidak sah taraf," katanya.

Kerajaan hari ini memutuskan pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak untuk menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Ia adalah cabang khas yang mempunyai autonomi di bawah Suhakam bagi meneliti dan mendepani masalah berkaitan penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak. 

Ahmad Zahid turut mengucapkan tahniah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said yang sebelum ini mencadangkan agar satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menjaga hak dan kesejahteraan kanak-kanak, yang akhirnya bakal diwujudkan melalui penggubalan satu akta yang baharu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi