web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hanya Jho Low Dapat Jelaskan Mengapa Dana SRC Masuk Ke Akaun Najib - Peguam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2021 4:46PM

Najib tiba di Mahkamah Rayuan hari ini. - Gambar Berrnama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu hanya ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low boleh menjelaskan mengapa dana SRC International Sdn Bhd dimasukkan ke akaun bank Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peguam bekas perdana menteri itu Harvinderjit Singh berkata demikian ketika ditanya oleh Hakim Datuk Abdul Karim tentang mengapa wang jutaan ringgit tersebut dipindahkan ke akaun Najib. 

Abdul Karim: Mengapa wang RM5 juta dan RM27 juta dimasukkan ke akaun Najib?

Harvinderjit: Hanya  Jho Low yang dapat menjawab perkara itu. Namun, kami boleh maklumkan kepada mahkamah bahawa wang RM27 juta itu dimasukkan ke dalam akaun Najib kerana Joana Yu Ging Ping (bekas pengurus perhubungan AmBank) memberitahu baki dalam akaun tidak mencukupi. 

Abdul Karim yang mendengar rayuan itu bersama-sama para hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin, juga bertanya kepada Harvinderjit tentang penglibatan Jho Low dalam SRC International memandangkan lelaki itu tidak mempunyai jawatan dalam syarikat terbabit pada masa berkenaan.

Abdul Karim: Jho Low (bukan) pegawai dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan SRC. Bila Jho Low terlibat? Namun, kamu beritahu Jho Low memberi arahan kepada Joana Yu, yang beliau berhubung dengan Jho Low. Tiba-tiba sahaja Jho Low timbul?

Harvinderjit: Sebab Jho Low disebut ialah kerana cek. Jho Low boleh pindahkan wang keluar daripada SRC menerusi bekas Pengarah SRC Terence Geh.

Abdul Karim: Adakah kamu mengatakan bahawa arwah Datuk Azlin Alias (bekas ketua setiausaha sulit Najib) tidak ada kena mengena dengan perkara itu? Semuanya dilakukan oleh Jho Low?

Harvinderjit: Ya.

Azlin meninggal dunia dalam nahas helikopter pada April 2015. 

Harvinderjit juga menghujahkan bahawa Jho Low terlibat dalam jejak kewangan berbelit itu yang melibatkan akaun SRC, Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB), Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) dan Najib.

Kata peguam tersebut Jho Low serta beberapa individu lagi terlibat dalam pemindahan wang membabitkan akaun Najib,  dan bekas perdana menteri itu tidak mengetahui tentangnya.

“Mengapa perdana menteri dengan sengaja mengambil wang daripada sebuah syarikat berkaitan kerajaan dan memasukkan wang itu dalam akaun beliau?” kata peguam tersebut.

Pada 28 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapati beliau bersalah terhadap tujuh tuduhan membabitkan pecah amanah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan melibatkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International.

Pendengaran rayuan itu bersambung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Najib Kawal Penuh Semua Aspek SRC - Bekas Pengarah

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

Semasa 17 jam yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

Semasa 4 jam yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan