web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Borang Rentas Negeri Guna Tandatangan Palsu - OCPD Kemaman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2021 12:15AM

Tular borang rentas negeri di media sosial hingga mencetuskan kemarahan ramai. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gambar sekeping borang rentas negeri kosong, milik Balai Polis Chukai di Kemaman, Terengganu yang tular di media sosial semalam disahkan menggunakan tandatangan palsu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, foto borang berkenaan dengan keterangan gambar "dapat info SOP terbaru ialah approve dulu baru isi form" dikesan tular sejak semalam, dan menimbulkan persoalan pelbagai pihak.

Menurut beliau, borang rentas negeri itu dipercayai diberi kepada seorang wanita Melayu yang membuat permohonan rentas negeri ke ibu negara, bagi menghadiri temuduga pekerjaan.

"Siasatan awal mendapati, terdapat pemalsuan tandatangan milik Ketua Balai Polis Chukai, Inspektor Mohamad Ramizan Ramli.

"Menurut maklumat diperoleh, wanita terbabit dijadualkan menjalani temuduga itu hari ini," katanya.

Hanyan memberitahu, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pemalsuan bagi maksud hendak menipu.

"Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, membabitkan kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya.

Isu rentas negeri menjadi hangat kebelakangan ini, susulan tindakan beberapa selebriti dan instafamous yang menyalahgunakan kebenaran diberikan pihak berkuasa untuk keperluan peribadi. - Getaran,  8 April 2021

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Allahyarham Mansor Puteh Pernah Derma Darah 631 Kali

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik

Semasa 5 jam yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM