web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


32 Mangsa Terperangkap Dalam Kejadian Kepala Air Di Lata Ulu Kasar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Sep 2022 8:36AM

Tangkapan layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 32 individu termasuk 13 kanak-kanak terperangkap dalam kejadian kepala air di Lata Ulu Kasar, Sungai Tong di Setiu petang semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Afandi Hussin berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, fenomena kepala air itu melanda tempat orang ramai beriadah, mandi manda dan berkhemah sehingga menyebabkan enam kereta turut terperangkap.

Katanya, ketika pasukan penyelamat tiba di kawasan rekreasi berkenaan pada 6.30 petang, didapati tempat kejadian tidak dapat dimasuki akibat arus deras.

"Kejadian berpunca daripada kepala air dari bahagian hulu Sungai Ulu Kasar akibat hujan lebat menyebabkan mangsa dan kenderaan terperangkap.

"Mangsa terperangkap terdiri daripada tujuh lelaki dewasa, 12 perempuan dewasa serta 13 kanak-kanak dan mereka telah diselamatkan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan awal pagi ini.

Beliau berkata semua mangsa dibawa ke Masjid Merbau Menyusut Sungai Tong pada 8.40 malam oleh pihak polis, bomba serta orang awam untuk proses dokumentasi dan didapati tiada mangsa yang hilang atau lemas.

Afandi berkata pihaknya turut menasihati semua mangsa terlibat untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Insiden Kepala Air: 45 Individu Berjaya Diselamatkan

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Macam Ni Punya Dahsyat, Tak Hairan Nyawa Boleh Melayang

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia