web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tertelan Kerongsang, Naluri Ibu Selamatkan Bayi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Apr 2021 8:17AM

Hasil imbasan x-ray berjaya menemui punca Aleef muntah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Tiada siapa boleh menafikan kekuatan naluri seorang ibu, yang mengandung dan melahirkan anak mereka, lebih-lebih lagi jika ada kejadian buruk berlaku.

Begitulah yang terjadi kepada seorang guru Nurul Asmah Nordin, 35, apabila melihat anak bongsunya Aleef Rizqi Erwansyah berusia setahun, tertelan kerongsang berukuran satu inci, baru-baru ini.

Menceritakan kembali detik yang hampir meragut nyawa permata hatinya itu, Nurul Asmah berkata, kejadian berkenaan sewaktu beliau sedang bersedia untuk melakukan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

“Aleef juga bangun pada pagi itu, bermain bersama kakaknya seperti biasa.

“Tiada tanda pelik padanya, sehinggalah dia muntah apabila saya memberikan susu,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Menurut beliau, Aleef memuntahkan lendir yang pekat sebanyak tiga kali, walaupun susu diminumnya baru separuh.

Anak itu turut menunjukkan reaksi mual beberapa kali, seolah-olah mahu memuntahkan sesuatu.

Yakin ada sesuatu yang lebih serius berlaku ke atas bayi berkenaan, Nurul Asmah bingkas mengejutkan suaminya sebelum bergegas ke Hospital Tawau di sini untuk pemeriksaan lanjut.

Ibu tiga anak itu berkata, nalurinya kuat mengatakan ada sesuatu sedang berlaku ke atas Aleef, menyebabkan beliau enggan menunggu lama untuk mendapatkan pemeriksaan segera.

“Selain muntah dan mual, tiada tanda lain berlaku kepada Aleef, malah dia sempat bermain dan berlari seperti biasa sebaik tiba di hospital.

“Keadaan Aleef yang normal menyebabkan doktor memutuskan tiada sebarang perkara serius berlaku dan menghantarnya ke zon hijau untuk rawatan,” kata Nurul Asma.

Beliau bagaimanapun bertegas meminta doktor menjalankan ujian imbasan kerana yakin, ada perkara lain menimpa Aleef.

Aleef berehat selepas menjalani pembedahan.
Aleef berehat selepas menjalani pembedahan.

“Selepas pemeriksaan X-ray dilakukan, kami dimaklumkan dengan penemuan objek asing antara saluran pernafasan dan esofagus anak.

“Sudah tentu ia memeranjatkan dan susulan situasi mencemaskan itu, Aleef segera dipindahkan ke zon merah untuk rawatan segera,” katanya.

Nurul Asmah menarik perhatian, Aleef berkemungkinan perlu dihantar ke Kota Kinabalu atau Kuala Lumpur, kerana Hospital Tawau tidak memiliki kepakaran untuk menangani situasi sedemikian.

“Ketika itu, hanya Allah sahaja tahu bagaimana perasaan kami kerana bimbangkan keselamatan Aleef.

“Bagaimanapun Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan, dan Aleef akhirnya berjaya menjalani pembedahan mengeluarkan kerongsang di sini sahaja,” katanya.

Pembedahan terbabit mengambil masa 1 jam setengah, jauh lebih lama berbanding satu kes seakan sama sebelum ini, yang hanya memerlukan sekitar 30 minit untuk mengeluarkan objek tersekat.

“Kami dimaklumkan bahawa dalam kes Aleef, doktor perlu lebih berhati-hati kerana bimbang mendatangkan kecederaan kepada saluran pernafasan.

“Alhamdulillah, objek tersebut berjaya dikeluarkan dan sekarang keadaan Aleef semakin baik, malah sudah aktif bermain seperti biasa,” katanya.

Tambahnya, anak bongsu mereka memang gemar memasukkan objek asing dalam mulut.

“Biasanya perbuatan itu saya sedar sejak awal dan berjaya dicegah, namun, apa yang berlaku adalah di luar kawalan.

“Saya tidak pasti bila kejadian (tertelan kerongsang) itu berlaku memandangkan Aleef masih beraksi seperti biasa, seolah-olah tiada apa yang berlaku selepas menelan objek terbabit,” katanya.

Menyifatkan peristiwa itu satu teguran Allah buat beliau sekeluarga, Nurul Asmah berkongsi mengenainya di Facebook, untuk dijadikan pengajaran kepada diri sendiri dan orang lain.

Sehingga kini, ia mendapat lebih 300 komen dan 577 perkongsian daripada orang ramai yang rata-rata mendoakan kesihatan Aleef.

“Semoga kejadian ini menjadikan saya dan suami lebih peka dengan penjagaan anak kami pada masa akan datang,” katanya. - Getaran, 13 April 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia