web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SPRM Beri Jaminan Tiada Campur Tangan Politik Dalam Kes Yang Disiasat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Apr 2021 8:29AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan tiada campur tangan politik dalam kes rasuah yang dikendalikan agensi penguatkuasaan itu termasuk dalam kes berprofil tinggi.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Azam Baki menegaskan intergriti dan nama baik SPRM dalam menjalankan fungsinya akan terjejas sekiranya wujud campur tangan pihak tertentu.

Beliau menjelaskan dalam usaha membina negara bangsa, campur tangan politik dalam tugas badan penguat kuasa di negara ini tidak sepatutnya berlaku.

“Saya pastikan tiada campur tangan (politik) dan belum ada pengalaman begitu dalam kerja-kerja kami. Sebarang campur tangan akan menjejaskan kerja kami dan kami akan menjadi satu pasukan tidak amanah dan sudah tentu akan menjejaskan nama baik kerajaan itu sendiri...ini tidak berlaku pada zaman kita.

Beliau berkata demikian sebagai panel jemputan dalam program Soal Rakyat TV3 yang mengupas topik ‘Kartel Projek Merugikan Rakyat’ di sini, malam ini.

Katanya, pada zaman ledakan teknologi maklumat kini, pendedahan maklumat begitu telus dan masyarakat sering memerhatikan sebarang tindak tanduk pihak berkuasa.

Dalam perkembangan lain, beliau menggesa kerajaan supaya disegerakan penggunaan kamera badan bagi pegawai dan anggota penguat kuasa dalam usaha membendung jenayah rasuah selain memelihara  integriti anggota penguat kuasa.

"Saya rasa sudah sampai masanya penguat kuasa memakai kamera badan yang boleh disambungkan kepada sistem berpusat, jadi kurang rasanya kalau mereka mahu bertindak di luar batasan sebagai penguat kuasa ketika menjalankan operasi,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata proses perbincangan berkenaan perolehan kamera badan dan peralatan renjatan elektrik kini di peringkat akhir.

Tahun lepas, PDRM memaklumkan telah memohon sebanyak 1,300 kamera badan dan 1,000 senjata baharu tidak membawa maut atau 'non lethal weapon' menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dijangka dibentangkan di Parlimen, pada tahun ini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia