web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Meningkat, Operasi Bazar Ramadan Dan Aidilfitri Kelantan Dibatalkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Apr 2021 1:43PM

Dr Izani Husin - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU – Tidak sampai 72 jam beroleh khabar gembira, peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri di negeri ini terpaksa akur dengan keputusan pihak berkuasa tempatan untuk menarik semula kebenaran beroperasi.

Ia susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 di seluruh Kelantan sejak beberapa hari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin berkata, peningkatan kes itu turut memaksa program Madinah Ramadan dibatalkan.

“Madinah Ramadan ditukar menjadi Pusat Rawatan dan Kuarantin COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) sebagai ikhtiar dalam membendung penularan wabak berkenaan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Semalam, kes harian COVID-19 di Kelantan dicatatkan sebanyak 171 iaitu kedudukan ketiga tertinggi selepas Sarawak dan Selangor.

Kelantan juga merekodkan satu kluster baharu iaitu Kluster Bandar Baru Kubang Kerian, membabitkan tempat kerja di sebuah institusi kewangan yang mencatat 34 kes.

Kluster berkenaan melibatkan daerah Tumpat, Bachok dan Kota Bharu.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membenarkan bazar Ramadan beroperasi sepanjang bulan puasa dengan jumlah kapasiti penjual dan pembeli yang bersesuaian dengan lokasi, selain perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). – Getaran, 11 April 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia