web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Op Harum Dilancarkan Kekang Salah Guna Nama Harumanis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2021 4:30PM

Pemprosesan Mangga Harumanis bermula dari tuaian, pemeraman dan pembungkusan yang diadakan di Ladang Kelompok Mangga Harumanis Kampung Tanah Pasir, Jalan Kaki Bukit dekat Beseri.
 - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan Op Harum 1.0 untuk mengekang penyalahgunaan perihal ‘harumanis’ bagi mangga yang bukan berasal dari Perlis.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata inisiatif dengan kerjasama strategik Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu juga, bertujuan memantau pematuhan peniaga dalam urusan jualan mangga eksklusif itu agar tidak timbul sebarang kekeliruan pada pihak pengguna.

“Penyalahgunaan perihal harumanis bagi mangga yang bukan daripada varieti harumanis Perlis boleh menjejaskan pendapatan serta hasil pengusaha tempatan sebab ada yang guna nama harumanis tapi bukan dari Perlis.

“Harumanis ini identitinya memang (dari) Perlis, tapi ada yang import, kata harumanis juga... Kalau kata harumanis Kemboja, itu bukan harumanis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Sijil Logo Buatan Malaysia kepada Syarikat HPA Industries Sdn Bhd di Jejawi dekat sini, hari ini.

Nanta berkata menerusi Op Harum 1.0, pemantauan yang dikuatkuasakan termasuklah memastikan peniaga meletakkan tanda harga serta mempamerkan jenis buah dengan jelas, selain menggunakan alat timbang yang sah.

Beliau berkata setiap penjual juga perlu menggunakan cap dagangan harumanis yang sah dan jika pengguna mendapati ada mana-mana peniaga gagal berbuat demikian, mereka boleh melaporkan perkara itu kepada KPDNHEP untuk siasatan lanjut.

“Harapan kementerian adalah dengan pelaksanaan penguatkuasaan ini, peniaga akan lebih beretika dan pengguna dapat menjalankan urus niaga belian dengan lebih bijak,” katanya.

Sementara itu, Nanta juga mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam sektor peruncitan khususnya, agar terus meningkatkan tahap kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kementerian bagi memastikan sektor perniagaan dapat terus berjalan dengan lancar.

“Setakat ini, untuk sektor peruncitan di bawah kawal selia KPDNHEP, tahap kepatuhan (SOP) sangat tinggi, kita ambil berat perkara ini bagi menjamin agar perniagaan boleh diteruskan dan ekonomi dapat dipulihkan secepat mungkin,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia