web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerjasama ILP Dan Tahfiz Bakal Lahirkan Huffaz TVET

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2021 7:32AM

Awang Hashim (tiga dari kiri) merasmikan Program Tahfiz-TVET di Bertam, semalam. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS - Kementerian Sumber Manusia yakin kerjasama antara Institut Latihan Perindustrian (ILP) dengan pusat tahfiz, akan dapat melahirkan lebih ramai huffaz yang mempunyai kemahiran Latihan Vokasional dan Pendidikan Teknikal (TVET).

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata, program Tahfiz-TVET yang diilhamkan pada 2019 itu juga, membantu pelajar tahfiz untuk memperolehi Persijilan Kemahiran Malaysia yang diiktiraf kerajaan Malaysia.

“Saya harap dengan adanya Tahfiz-TVET ini juga, dapat membentuk asas pekerja mahir dan ia antara kunci kemajuan negara pada masa depan yang akan memasuki Revolusi Perindustrian ke 4 (IR 4.0),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Tahfiz-TVET kerjasama ILP Kepala Batas dengan Madrasah Al Aminiah cawangan Bertam.

Menerusi program itu, seramai 25 pelajar Madrasah Al-Aminiah cawangan Bertam mengikuti kursus Teknologi Elektrik selama dua tahun, bermula pertengahan bulan ini.

Mengulas mengenai program itu, katanya semua pelajar berkenaan telah diperkenalkan dengan program asas pendawaian yang dijalankan selama seminggu, bagi memperkenalkan konsep asas pendawaian serta memupuk minat mereka dalam bidang teknikal.

Beliau berkata, semua pelajar itu akan mendapat akses latihan kemahiran secara separuh masa pendawaian elektrik satu fasa, dan mereka yang tamat latihan akan diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap dua.

“Bagi program itu, pihak Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang(MPBPP) telah memperuntukkan sebanyak RM375,000 untuk 25 pelajar tahfiz tersebut, mengikuti kursus tersebut selama dua tahun,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia