web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hospital Swasta Dilibatkan Sebagai PPV Dalam Program Imunisasi COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Apr 2021 3:20PM

Dr Adham Baba - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Hospital swasta akan dilibatkan dalam Fasa 2 dan 3 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju melibatkan hospital swasta dalam program imunisasi itu berlandaskan prinsip ‘vaccine equity’ yang mana kerajaan akan memberikan vaksin secara percuma kepada semua.

Beliau berkata penglibatan hospital swasta itu mengambil kira cadangan yang dikemukakan pihak hospital swasta yang tidak mahu terkecuali dalam menggembleng tenaga bagi memastikan sasaran sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk Malaysia diberikan imunisasi COVID-19 dicapai segera.

“Oleh itu, kerajaan akan memberikan vaksin secara percuma kepada hospital swasta bagi memaksimumkan akses pengagihan vaksin dengan lebih meluas kepada rakyat,” katanya dalam sidang media perkembangan program imunisasi COVID-19 bersama Menteri Penyelaras program Khairy Jamaluddin, di sini hari ini.

Hospital swasta yang ingin mengambil bahagian boleh mendaftar melalui ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) di laman web www.protecthealth.com.my bermula hari ini.

Dr Adham berkata melalui laman web itu juga, hospital swasta boleh mendapatkan maklumat berkaitan kaedah vaksinasi, skop tugas, keperluan, kadar bayaran dan kaedah pembayaran.

Pada masa ini terdapat 203 hospital swasta di seluruh negara.

Pada 8 Mac lepas, KKM mengumumkan penglibatan Pengamal Perubatan Am Swasta (GP) dalam Fasa 2 dan Fasa 3 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Mengenai penglibatan GP dalam program imunisasi itu, Dr Adham berkata jumlah pendaftaran GP hingga semalam ialah seramai 2,304 orang.

“GP dan hospital swasta yang telah berdaftar akan diberikan taklimat dan latihan berkaitan skop-skop tugas dalam program imunisasi,” katanya, menambah garis panduan dan manual lengkap turut diberikan sebagai rujukan dalam mengendalikan pemberian vaksin kepada kumpulan sasaran. - Bernama

TAG: Dr Adham, swasta, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia