web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ras Adiba Dilantik Penaung Pertama NAMH

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Apr 2021 8:20PM

Ras Adiba dilihat sebagai individu paling sesuai menjadi penaung National Alliance of Mental Health. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Senator Datuk Ras Adiba Radzi dilantik sebagai penaung pertama National Alliance of Mental Health (NAMH), bagi memberi kesedaran kepada orang ramai, berhubung penyakit mental di Malaysia.

Pengerusi Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA), Anita Abu Bakar berkata, Ras Adiba yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dilihat sebagai individu paling sesuai, selaras dengan semangat dan kerja kerasnya dalam memperjuangkan nasib komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU).

Menurut beliau, Ras Adiba juga adalah individu pertama dilantik sebagai Senator mewakili golongan berkenaan.

“Beliau juga adalah pengasas bersama OKU Sentral dan pelantikan ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada golongan tersebut.

“MIASA, serta beberapa badan pertubuhan bukan kerajaan NGO Kesihatan Mental dan pihak-pihak berkepentingan telah sebulat suara memilih Senator Ras Adiba kerana beliau juga merupakan Senator komuniti OKU, Pengasas bersama OKU Sentral dan juga merupakan Pengerusi Bernama,” kata Anita pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, pelantikan Ras Adiba itu secara tidak langsung memberi kelebihan kepada golongan OKU dan orang ramai untuk mencari pendekatan secara lebih inklusif, dalam membantu menangani masalah kesihatan mental serta ketidakupayaan yang lain.

“Mungkin ramai tidak menyedari bahawa kesihatan mental juga termasuk dalam tujuh kategori kelainan upaya.

“MIASA akan sentiasa berusaha untuk menjadi suara hadapan bagi mempromosi pengetahuan tentang kesihatan mental, kerana ia sering beroleh stigma negatif dan berdepan diskriminasi dalam kalangan masyarakat di negara ini,” tambah Anita.

Beliau menarik perhatian, inisiatif dilancarkan itu menjadikan ia perikatan pertama yang diasaskan oleh golongan OKU mental di Malaysia.

Turut hadir pada pelancaran itu ialah penaung MIASA 2021, Che Puan Sarimah Ibrahim, Naib Presiden MIASA, Ustaz Mohd Noor Deros, dan Presiden Persatuan Fisioterapi Malaysia (MPA) Dr Hazli Zakaria.

Che Puan Sarimah Ibrahim
Che Puan Sarimah Ibrahim

Dalam perkembangan berkaitan Anita ketika ditemui selepas sidang media berkenaan berkata, pesakit mental ini bukan sahaja dinafikan hak mereka untuk mendapat pekerjaan, malah tidak berpeluang menerima perlindungan insurans, memiliki kediaman dan pendidikan, selain turut dianggap tidak berkeupayaan dalam mendirikan rumah tangga.

Stigma seumpama itu jelasnya, menyebabkan golongan berkenaan cenderung merahsiakan kondisi masing-masing kerana bimbang kehilangan hak untuk menjalani kehidupan seperti insan normal yang lain.

“Perkara ini sebenarnya masih berlaku dan jika ia berterusan, bagaimana agaknya kita hendak memastikan lebih ramai masyarakat berani ke hadapan untuk membuat pemeriksaan kesihatan mental mereka?

“Lebih membimbangkan jika individu itu sendiri mengetahui bahawa mereka mempunyai masalah mental, tetapi tidak berani untuk mendapatkan rawatan kerana khuatir hak untuk menjalani kehidupan seperti biasa dinafikan oleh golongan tertentu. Ia pasti memberi kesan yang lebih buruk kepada pesakit itu sendiri,” katanya kepada Getaran.

Mengulas lanjut beliau berkata, persepsi bahawa pesakit mental adalah golongan yang tidak mampu dirawat seharusnya ditangkis kerana boleh memberi lebih tekanan kepada mereka, sekali gus mengelakkan tragedi seperti bunuh diri berulang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, lebih 800,000 orang membunuh diri setiap tahun dengan purata satu kejadian bunuh diri setiap 40 saat.

Secara global, kejadian bunuh diri adalah antara 20 penyebab utama kematian bagi semua peringkat umur, dengan satu daripada tiga penyebab utama kematian berlaku di kalangan mereka yang berusia 15 hingga 44 tahun.

Mengikut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sejumlah 465 kes cubaan bunuh diri dilaporkan sepanjang Januari hingga Jun 2020, berkurangan 210 kes berbanding tempoh sama, pada 2019.

Anita Abu Bakar
Anita Abu Bakar

Anita menambah, sejak MIASA ditubuhkan pada 2016 sehingga kini, sejumlah 3,000 pesakit hadir mendapatkan rawatan dan daripada jumlah itu 70 peratus adalah wanita, manakala selebihnya lelaki.

Jelasnya, kebanyakan pesakit yang datang mendapatkan rawatan di MIASA dikenal pasti mengalami kebimbangan berlebihan atau anxiety disorder.

Turut diterima ialah pesakit bipolar dan skizofrenia.

“Nisbah kehadiran wanita yang tampil untuk mendapatkan rawatan di MIASA lebih tinggi kerana kami mendapati golongan lelaki lebih bersifat menyembunyikan masalah kesihatan mereka berbanding wanita.

“Sebenarnya perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana kita mahukan setiap individu mendapat rawatan secepat mungkin apabila mengetahui ada sesuatu yang tidak kena kepada tahap kesihatan mereka,” katanya. - Getaran, 12 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu

2

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Kesian Dia, Semoga Cepat Dapat Rawatan...

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Buru Pesakit Mental Ceroboh Landasan LRT, Cuba Cabul Penumpang Wanita

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Perumahan Berdaya Huni Atasi Tekanan Mental Anak-Anak PPR

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia