web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MP Klang Fail Tindakan Mahkamah, PRU-15 Ketika Banjir Bahayakan Pengundi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 1:50PM

Charles Santiago - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago memfailkan injuksi menuntut pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ditangguhkan, dengan menjadikan musim tengkujuh dan banjir sebagai faktor.

Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, dengan menamakan Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.

Charles menuntut deklarasi bahawa deklarasi pembubaran mengikut S.49(1) Perlembagaan Persekutuan seperti yang dipohon Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen itu tidak dibincangkan bersama Kabinet.

Beliau juga berkata, deklarasi pembubaran oleh Yang di-Pertuan Agong itu hanya boleh dilakukan di bawah S.40 (1).

“Kami tidak menolak fakta bahawa Agong berkuasa memperkenan pembubaran Parlimen tapi kami percaya baginda menerima nasihat yang tidak tepat.

“Tambahan pula, surat oleh 12 menteri Perikatan Nasional (PN) yang membantah pembubaran itu adalah petunjuk bahawa nasihat diberikan kepada Agong tidak dirunding bersama Kabinet tetapi adalah keputusan persendirian Perdana Menteri,” kata Santiago kepada The Vibes.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faisal Azumu juga dilaporkan berkata, tiada rundingan dibuat bersama Kabinet sebelum pembubaran tersebut diumumkan.

Atas dasar itu, Santiago juga menuntut agar SPR dihalang dari mengadakan PRU-15 ketika musim tengkujuh.

“Ini adalah satu keputusan yang amat tidak bertanggungjawab dibuat Perdana Menteri dan UMNO,” katanya.

Jelas beliau, adalah menjadi tanggungjawab beliau sebagai Ahli Parlimen untuk melindungi 210,662 pengundi di Klang.

“Klang dilanda hujan lebat dan peningkatan paras air laut. Mengadakan PRU-15 ketika ini amat tidak selamat,” katanya.

Santiago diwakili peguam Surendra Ananth.

Dalam afidavitnya, Santiago menegaskan bahawa tindakan Ismail Sabri tidak mewakili pandangan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Minggu lalu, 12 ahli Kabinet PN menyerahkan surat kepada Agong, bagi menyuarakan bantahan terhadap pelaksanaan PRU-15 tahun ini.

Tindakan itu menyebabkan Ismail Sabri menyalahkan PN kerana mencetuskan ketidakstabilan dalam kerajaan, membuatkan beliau tidak mempunyai pilihan selain daripada membubarkan Patlimen.

Sebelum ini, PN dan Pakatan Harapan (PH) menegaskan, mereka tidak bersetuju PRU-15 diadakan tahun ini ketika musim tengkujuh.

“Berdasarkan maklumat, saya percaya pelaksanaan PRU-15 tahun ini bukan sesuatu yang baik untuk rakyat, susulan ramalan banjir yang dikeluarkan,” kata Santiago dalam afidavit itu.  - The Vibes, 12 Oktober 2022

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri

Semasa 21 jam yang lalu

Rakaman CCTV, Analisis Laporan Forensik Warga Israel Avitan Shalom Diserah 30 Julai

Semasa 13 jam yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

oleh Wartawan Getaran

Politik 21 jam yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri