web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penghuni Pondok Fauzi Cemas, Rumah Dan Kenderaan Dijilat Api

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 1:18PM

5 buah rumah di Pondok Fauzi terbakar ketika penghuninya sedang menunaikan solat tarawih malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

YAN - Kalangan penghuni pusat pengajian agama, Pondok Fauzi di sini cemas apabila lima buah rumah di situ terbakar ketika mereka sedang menunaikan solat tarawih, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kejadian itu turut menyebabkan seorang warga emas, Halimah Sidek, 60, dikejarkan ke hospital kerana sesak nafas.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.38 malam dan tiba ke lokasi kira-kira tiga minit kemudian.

"Kebakaran melibatkan lima buah rumah dua tingkat. Selain lima rumah tersebut, terdapat enam kenderaan turut terbakar iaitu dua kereta jenis Honda City dan Proton Exora serta empat motosikal yang mana dua daripadanya jenis Modenas Kriss, satu Yamaha Ego dan satu SYM Bonus.

"Api dapat dikawal pada jam 10.10 malam dengan kemusnahan pada kelima-lima rumah tersebut dinilai pada tahap 90, 85, 80, 15 dan 10 peratus," katanya di sini, hari ini.

Katanya, mangsa yang sesak nafas dihantar ke hospital menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

"Api telah berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.05 malam dengan operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.40 pagi.

"Setakat ini, punca kejadian masih disiasat," katanya. – Getaran, 16 April 2021

 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Ayah Leka Berbual, Suis Terbakar Pun Tak Sedar!

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Malang Memang Tidak Berbau

3

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Kalau Boleh Bersabarlah, Semua Orang Nak Cepat

4

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

'Lesen Terbang' Ke Ni

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

3 Cedera Helikopter Tentera Mendarat Cemas Di Kluang

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 1 hari yang lalu

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

Semasa 12 minit yang lalu

Pengasas PKR, Syed Husin Ali Meninggal Dunia

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL