web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Reezal Merican: Sinar Buat Penggiat Sektor Sukan Dan Rekreasi Dalam Masa Terdekat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2021 10:25AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meluahkan keyakinan bahawa bakal ada sinar buat penggiat sektor sukan dan rekreasi dalam masa terdekat, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 18 Feb.

Beliau berkata isu mengenai sektor tersebut telah dibawa ke mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi.

Reezal Merican berkata perkara itu berpandukan saranan serta cadangan daripada penggiat serta pemain industri, termasuk hasil sesi libat urus beliau bersama komuniti industri sukan minggu lalu.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri yang cukup memahami perkara ini dan insya-Allah, prosedur operasi standard (SOP) yang bersesuaian sedang dibincang untuk disesuaikan dalam suasana PKP ini. Saya letakkan keyakinan bahawa penggiat dan pemain sektor sukan ini sebenarnya cukup teliti dan patuh kepada peraturan atau SOP.

“Insya-Allah, saya menjangkakan ada sinar buat kita semua dalam masa terdekat. Jaga diri dan jaga keselamatan kita. Bersama kita putuskan rantaian COVID-19,” katanya menerusi catatan terbaru di Facebook rasminya.

Mengulas lanjut, beliau memberi fokus kepada tiga perspektif ketika membahaskan isu itu, termasuk soal kepatuhan para penggiat serta pemain sektor sukan dan rekreasi terhadap SOP sehingga kes melibatkan tersebut hampir tiada.

“Kedua, soal kebergantungan pendapatan sebahagian rakyat yang melibatkan aktiviti sukan seperti pengusaha fasiliti sukan komersial dan ketiga soal sukan perlu dilihat sebagai ekosistem ekonomi yang cukup besar dan tidak hanya tertumpu kepada aktiviti sukan semata-mata.

“Sukan sebagai industri membawa pelaburan komersial yang bernilai tinggi termasuklah penajaan korporat, penyiaran dan kandungan siaran dengan ‘eye ball’ yang cukup tinggi serta penjualan dagangan yang melibatkan kejohanan utama seperti MFL (Liga Bola sepak Malaysia), STL (Liga Sepak Takraw) dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKP di seluruh negara kecuali Sarawak, yang dijadualkan berakhir pada Khamis ini, dilanjutkan dua minggu lagi berikutan trend peningkatan kes COVID-19 di semua negeri. - Bernama

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Waktu Kerja Lebih Fleksibel Mampu Tingkatkan ‘Work Life Balance’ Rakyat Malaysia

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Fitnah TMJ Terbabit Rasuah Cubaan Jahat Jatuhkan Institusi Raja

oleh Diyana Nawwar

Semasa 18 jam yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 53 minit yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang