web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Luruan Monsun Timur Laut Dijangka Berterusan Sehingga Sabtu Depan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 4:42PM

Luruan monsun Timur Laut yang melanda negara ketika ini dijangka terus berlaku sehingga 24 Disember depan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Luruan monsun Timur Laut yang melanda negara ketika ini dijangka terus berlaku sehingga 24 Disember depan.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Muhammad Helmi Andullah berkata, luruan monsun tersebut berpotensi membawa angin kencang, ombak besar serta hujan berterusan di negeri utara dan timur Semenanjung, selain timur Sabah.

Menurutnya, ia juga berpotensi menyebabkan angin kencang dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

“Justeru, MET Malaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan yang melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor berkuatkuasa sehingga 21 Disember. 

“Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan sedang berkuatkuasa sehingga 22 Disember,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, MET Malaysia dalam satu hantaran di Facebook hari ini turut mengeluarkan amaran hujan lebat berstatus bahaya, yang dijangka melanda dua negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

Menurutnya, keadaan tersebut dijangka terus berlaku sehingga Rabu ini.

“Selain itu, amaran hujan berterusan berstatus buruk turut dikeluarkan dan dijangka melanda Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling; Perak (Hulu Perak); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) sehingga Rabu depan.

“Kami juga turut mengeluarkan amaran hujan berterusan berstatus waspada yang dijangka melanda negeri Kedah (Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang; Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Kuala Kangsar); Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) juga sehingga Rabu depan,” katanya.

Berdasarkan kenyataan itu, amaran hujan berterusan berstatus bahaya dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24  jam.

“Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam.

“Manakala, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. - Getaran, 18 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Jabatan Meteorologi Keluar Amaran Penerbangan, Gunung Ruang Meletus Semula

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Hujan Lebat Membasahi Bumi Kota Madinah

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Beberapa Kawasan Di Seremban, Rembau Dilanda Banjir Kilat

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Wanita Berdepan Detik Cemas, Kereta Dihempap Pokok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia