web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Banjir di Kelantan, Terengganu Makin Pulih, Jumlah Mangsa Terus Berkurangan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 6:33PM

Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dan satu di Terengganu ditutup hari ini - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dan satu di Terengganu ditutup hari ini.

Di  Sabah dan Sarawak pula melibatkan satu daerah dengan jumlah mangsa berlindung di PPS kekal sama manakala di Perak merekodkan penurunan.

Di KELANTAN, sebuah PPS terakhir di jajahan Tumpat dan sebuah PPS di jajahan Pasir Mas ditutup hari ini menjadikan hanya Pasir Mas masih terjejas banjir dengan tiga PPS masih dibuka setakat 4 petang ini.

Laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my merekodkan 209 orang mangsa banjir daripada 68 keluarga berada di tiga PPS petang ini, berbanding 718 orang mangsa daripada 246 keluarga di lima PPS pagi tadi.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjong menempatkan 178 mangsa, Pusat Tarbiah Nasrullah Pohon Buloh (17) dan SK Banggol Chicha (14).

Di TERENGGANU jumlah mangsa banjir di Besut berkurangan kepada 53 orang daripada 12 keluarga berbanding 138 orang daripada 41 keluarga, pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan PPS Balai Raya Kampung Pantai telah ditutup 10 pagi tadi dan hanya PPS Masjid Kampung La yang masih beroperasi di daerah tersebut.

Di PERAK, bilangan mangsa banjir di daerah Hilir Perak menurun sedikit kepada 50 orang membabitkan 10 keluarga setakat jam 4 petang tadi, berbanding 60 orang daripada 13 keluarga pagi tadi yang ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART).

Di SABAH mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud kekal 135 daripada 56 keluarga dengan PPS di Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan menempatkan 62 mangsa daripada 26 keluarga dan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa menempatkan 73 mangsa daripada 30 keluarga.

Sementara itu, jumlah penduduk di persisir pantai terutama yang tinggal di rumah atas air dipindahkan ke PPS Sandakan dan Pitas akibat fenomena air pasang besar meningkat sedikit kepada 1,471 mangsa daripada 303 keluarga petang ini berbanding 1,454 mangsa daripada 299 keluarga pagi ini.

SARAWAK kekal merekodkan jumlah mangsa banjir seramai 91 orang yang ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Kampung Lutong di Sebuyau dan Dewan Serbaguna Kampung Rimba Padi di Serian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia