web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Antivaksin: Hanya Sebilangan Kecil Dalam Kalangan Guru Agama - Ahmad Marzuq

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2021 7:48AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Hanya sejumlah kecil guru agama terlibat dalam kempen antivaksin  dan usaha berterusan sedang diambil untuk mengatasi isu ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuq Shaary.

“Kami ada mendengar kakitangan agensi-agensi dan jabatan-jabatan tertentu di bawah Jabatan Perdana Menteri yang merupakan antivaksin dan kami akan memainkan peranan kami supaya semua kakitangan jabatan ini mengambil vaksin. 

“Rakyat Malaysia yang tidak mengambil vaksin boleh membahayakan orang lain.

“Saya ingin menasihatkan warga Malaysia secara amnya perlu mematuhi gesaan kerajaan untuk mengambil vaksin, kerana pengambilan vaksin akan membantu mengurangkan jangkitan,” katanya semasa di Majlis Ramah Mesra Bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf di Kompleks Darul Kifayah di sini semalam.

Ahmad Marzuq berkata peratusan pendaftaran di Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 yang masih rendah di negeri-negeri tertentu kerana faktor-faktor tertentu dan bukan semata-mata daripada guru agama.

“Bagi kami, risiko selepas mengambil vaksin sepertimana yang ditularkan dan dikongsi tidak tepat.

“Saya telah melengkapkan dos kedua dan saya rasa lebih sihat.

“Berhenti menyebarkan kenyataan tidak benar mengenai program pemvaksinan dengan mempengaruhi rakyat bagi tujuan menimbulkan kesangsian terhadap usaha kerajaan. 

“Mereka yang enggan mengambil vaksin tidak perlu mempengaruhi orang lain,” katanya.

Ahmad Marzuq berkata mereka yang masih belum mendaftar untuk vaksinasi dinasihatkan berbuat demikian dengan segera dan bukan di saat-saat akhir bagi mengelakkan mereka perlu menunggu giliran dalam tempoh yang lama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 5 hari yang lalu

Hasrat Tercapai, Ustaz Eil ‘Pergi’ Ketika Sampaikan Kuliah Maghrib

2

Politik 2 bulan yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

3

Gaya 6 bulan yang lalu

Zara Pamer Imej Sensitif, Umpama Sokong Pembunuhan Di Gaza

4

Jelajah 6 bulan yang lalu

Lotus's Kongsi Kegembiraan Menerusi Kempen Playful And Joyful Moments

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan

Semasa 19 jam yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

Sukan 10 jam yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kanan Polis Didakwa Langgar Pelajar Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan