web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lawatan Anwar Kukuhkan Kembali Kerjasama Perdagangan, Jawatankuasa Bersama - Zambry

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 9:22PM

Lawatan tersebut amat signifikan kerana Anwar Ibrahim adalah pemimpin negara pertama yang melawat Filipina untuk bertemu Presiden Ferdinand "Bongbong" Romualdez Marcos Jr. sejak beliau menyandang jawatan berkenaan Jun tahun lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANILA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membincangkan pelbagai isu, termasuk perdagangan, penubuhan jawatankuasa bersama dan inisiatif kerjasama dengan kerajaan Filipina menerusi lawatan rasmi dua hari ke negara itu, bermula esok.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam sidang media berkata, lawatan tersebut amat signifikan kerana Anwar adalah pemimpin negara pertama yang melawat Filipina untuk bertemu Presiden Ferdinand "Bongbong" Romualdez Marcos Jr. sejak beliau menyandang jawatan berkenaan Jun tahun lalu.

“Ketika lawatan, Perdana Menteri dijadual menyampaikan ceramah penting bertajuk '30 Years After Asian Renaissance: Strategic Takeaways for ASEAN', kerana beliau pernah melawat Filipina atas kapasiti Timbalan Perdana Menteri (pada tahun 90-an) sewaktu negara itu menyambut ulang tahun kelahiran keseratus José Rizal,” kata Zambry.

Presiden Ferdinand "Bongbong" Romualdez Marcos Jr - Gambar Fail AFP
Presiden Ferdinand "Bongbong" Romualdez Marcos Jr - Gambar Fail AFP

Menurut beliau, Anwar juga dijangka mengadakan pertemuan dengan pemain industri tempatan serta rakyat Malaysia di Filipina dan kunjungan rasmi berkenaan turut memainkan peranan sebagai lawatan perkenalan, iaitu tradisi dalam kalangan pemimpin ASEAN sebaik dilantik sebagai ketua negara.

Zambry berkata, lawatan itu juga bakal mengukuhkan kembali kerjasama dengan Filipina dan mencari ruang untuk menghidupkan semula jawatankuasa bersama yang pernah diwujudkan sebelum ini.

“Ini termasuk beberapa konsultasi tahunan antara kedua-dua negara dan perjanjian persefahaman bersama negara lain dan tidak hanya sekadar melibatkan dua negara sahaja kerana ia adalah serantau.

“Kesemua perjanjian bukan sahaja berbentuk bilateral tetapi trilateral kerana ada negara jiran lain seperti Brunei dan Indonesia. Jadi kita lihat semula perjanjian ini untuk mengukuhkan yang sedia ada.”

Bercakap mengenai perdagangan bilateral, Zambry berkata aspek tersebut menunjukkan perkembangan positif sejak beberapa tahun lalu dan Malaysia sedang meninjau peluang untuk meneroka lapangan lain bersama kerajaan Filipina seperti Teknologi Maklumat, Ekonomi Digital dan Tenaga Hijau.

Zambry Abdul Kadir berkata, lawatan itu juga bakal mengukuhkan kembali kerjasama dengan Filipina dan mencari ruang untuk menghidupkan semula jawatankuasa bersama yang pernah diwujudkan sebelum ini - Gambar Fail
Zambry Abdul Kadir berkata, lawatan itu juga bakal mengukuhkan kembali kerjasama dengan Filipina dan mencari ruang untuk menghidupkan semula jawatankuasa bersama yang pernah diwujudkan sebelum ini - Gambar Fail

Selain perdagangan dan hubungan sesama kerajaan, Zambry berkata, isu keselamatan serantau juga antara topik utama yang bakal dibincangkan pada lawatan tersebut.

“Kita menjangkakan (isu seperti) Laut China Selatan juga akan dibincangkan, supaya ASEAN boleh menjadi pemangkin ke arah usaha mengekalkan kestabilan serantau.

“Kita juga menjangkakan isu melibatkan Myanmar (akan dibincangkan) kerana Filipina terlibat secara aktif dalam ASEAN yang berkongsi pendirian sama dengan Malaysia,” katanya.

Anwar dijangka tiba di Pangkalan Udara Villamor di sini sekitar jam 12 tengah hari (waktu tempatan) esok, sebelum menghadiri acara pertama di Istana Malacanang, iaitu kediaman rasmi Presiden.

Pada Khamis, Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan syarahan di Universiti Filipina dan menerima anugerah Doktor Kehormat dari institut berkenaan. 

Delegasi Perdana Menteri esok turut disertai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri  Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedict, Ketua Setiausaha kementerian terlibat dan pegawai Kedutaan Malaysia. - The Vibes, 28 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kadar Baharu Kenaikan Gaji Penjawat Awam Diumum Sebelum Pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar

3

Semasa 5 hari yang lalu

Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia, China Komited Pertingkat Kerjasama Demi Kepentingan Bersama

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

Semasa 16 jam yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

3 Maut, 4 Parah Traktor Pekerja Ladang Jatuh Gaung

Sukan 1 hari yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

oleh Diyana Nawwar