web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Shahidan Gesa Identiti Pengimport Tunggal Telur Dari India Dibahas  

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 3:30PM

Shahidan Kassim - Gambar fail Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendedahan baru-baru ini bahawa hanya sebuah syarikat Malaysia diberikan kebenaran dalam mengimport telur dari India, mendapat perhatian Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang mahu perkara itu dibincangkan di Dewan Rakyat.

Bercakap di Parlimen hari ini, ahli politik veteran itu berkata, adalah wajar orang ramai dimaklumkan mengenai identiti pengimport dalam menggambarkan ketelusan.

Menurutnya, perkara itu selaras dengan pendirian kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa semua projek perlu melalui tender terbuka.

“Kami ingin tahu siapa pengimportnya. Ini (perbahasan) harus disegerakan kerana rakyat ingin tahu kerana pengimport dikatakan seorang yang terlibat dengan ‘the big shot’.

“Orang ramai bertanya tetapi bagaimana saya tahu?. Saya rasa kita patut berdebat tentang siapa pengimport telur dan berapa kos yang terlibat.

 “Saya akan failkan (usul) nanti,” katanya hari ini.  

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor kemudiannya memberitahu Shahidan untuk menulis secara rasmi kepada pejabat speaker, sekiranya berhasrat membuat susulan mengenai perkara terbabit.

Shahidan berkata, perkara itu akan diusulkan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Dewan Rakyat yang memberi peluang kepada Ahli Parlimen biasa untuk menulis, bagi membincangkan perkara ditetapkan demi kepentingan awam yang mendesak.  

Berdasarkan peraturan Mesyuarat 18(2), ia menetapkan bahawa Ahli Parlimen yang ingin membincangkan perkara ditakrifkan sedemikian hendaklah mengemukakan pemberitahuan bertulis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum sidang bermula.  

Ia perlu memasukkan penjelasan mengenai perkara yang diusulkan sememangnya pasti, mendesak dan mempunyai kepentingan awam.

Yang Dipertua Dewan Rakyat kemudiannya boleh memilih untuk menolak usul tersebut melainkan dia berpuas hati bahawa ia memenuhi ketiga-tiga keperluan disebutkan di atas.

Shahidan menggesa perkara itu hanya dua hari selepas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu mendedahkan bahawa hanya satu syarikat Malaysia sudah diberi kelulusan untuk mengimport telur dari India bagi menangani kekurangan produk terbabit di negara ini.  

“Setakat ini, hanya satu syarikat yang diberi kelulusan berdasarkan permohonan dan syor yang diterima kementerian,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.  

Mohamad berkata, syarikat diberikan lesen import khas untuk tempoh enam bulan bermula Disember 2022 itu, dipilih berdasarkan pengalamannya mengeksport telur dari India ke Qatar untuk memenuhi permintaan Piala Dunia tahun lalu. - The Vibes, 2 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

2

Semasa 3 bulan yang lalu

MAQIS Johor Sita 25 Tan Perut Babi Bernilai RM400,000

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Sukan 14 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Semasa 1 hari yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Mula Jalani Fisioterapi Intensif Untuk Pulihkan Fungsi Tangan Kiri

Politik 1 jam yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid