web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Oct 2023 6:24PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tarikh pelaksanaan pengapungan harga ayam dan telur akan diumumkan dalam satu sidang media yang akan diadakan pada 30 Oktober ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu. 

Beliau berkata ketika ini pertemuan dan perbincangan masih dijalankan dengan industri pengeluar bagi kedua-dua sumber protein itu yang diketuai ketua setiausaha kementerian berkenaan supaya harga nanti berada dalam keadaan yang kenaikannya tidak begitu mendadak.

“Langkah ini (pengapungan) sama ada untuk jangka panjang atau jangka pendek ia bergantung kepada keadaan, tetapi kalau boleh biarlah pasaran yang tentukan harga…kita tidak boleh jamin sampai bila sebab kita tidak tahu suasana dunia sekarang dengan perubahan iklim berlaku begitu ketara,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis prapelancaran sambutan Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 di sini, hari ini. 

Katanya, sidang media itu kelak akan diadakan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Pada pembentangan Belanjawan 2024 Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan menimbang untuk mengapungkan harga telur dan ayam tidak lama lagi selepas trend semasa menunjukkan bekalan kedua-dua sumber makanan itu kini stabil.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pelaksanaan itu membolehkan pasaran tempatan dapat berfungsi semula dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan ayam dan telur di pasaran.

Mengenai sambutan HPPNK 2023, Mohamad berkata, ia akan diadakan di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak bermula 10 hingga 12 November ini dan perasmiannya oleh Perdana Menteri pada 11 November.

Beliau berkata, dengan tema ‘Keterjaminan Makanan Untuk Masa Depan’, sambutan kali ini akan memfokus kepada aplikasi teknologi, inovasi dan modenisasi sektor pertanian yang diterjemah melalui Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0) bagi memperkasa peladang, penternak dan nelayan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Pengapungan Harga Ayam, Telur Pastikan Warga Asing, Golongan 'Maha Kaya' Tidak Nikmati Subsidi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga Ayam Naik? Tiada Laporan Kekurangan Bekalan Diterima Di Peringkat Ladang - DVS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka