web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Harga Ayam Naik? Tiada Laporan Kekurangan Bekalan Diterima Di Peringkat Ladang - DVS

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Aug 2023 7:56AM

Tiada laporan kekurangan bekalan di peringkat ladang atau wabak penyakit ayam diterima setakat ini - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) tidak menerima laporan kekurangan bekalan ayam di peringkat ladang, susulan dakwaan berlakunya kekurangan bekalan itu hingga menyebabkan harga ayam naik.

Dalam kenyataan, DVS memaklumkan pihaknya juga tidak menerima laporan berlakunya wabak penyakit ayam, yang menyebabkan kematian secara besar-besaran.

“Oleh yang demikian, DVS memohon agar orang awam untuk tidak panik,” menurut kenyataan itu yang mengulas laporan media tempatan bertajuk ‘Bekalan kurang punca harga ayam naik - pembekal’ yang disiarkan semalam.

Laporan itu menyatakan bekalan ayam yang berkurangan beberapa hari lepas, menjadi punca harga ayam di pasaran terpaksa dinaikkan kembali antara RM9 hingga RM9.28.

Kenyataan DVS itu memaklumkan jika terdapat sebarang kekurangan bekalan ayam belaku, perkara itu boleh dilaporkan segera kepada DVS melalui Pejabat Veterinar Daerah/Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri yang terdekat atau melalui e-mel pro@dvs.gov.my dan nombor perhubungan 03-8870 2000. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Harga Beras Putih Import Turun Antara RM2 Ke RM3 Berkuat Kuasa Hari Ini - KPKM

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Stabil - Mohamad

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Hasil Padi Dijangka Kurang Memberangsangkan Akibat Cuaca

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Gred Tunggal Beras Putih: Kerajaan Belum Buat Keputusan - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah