web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gred Tunggal Beras Putih: Kerajaan Belum Buat Keputusan - Menteri

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2024 9:13AM

Harga beras putih hanya akan ditentukan selepas mesyuarat NACCOL minggu depan - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum membuat sebarang ketetapan berhubung cadangan mewujudkan gred tunggal untuk beras putih, dikenali sebagai Beras Putih Malaysia Madani.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kementerian sependapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa cadangan tersebut bakal diperhalusi pada mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) akan datang.

Menurut beliau, sebarang pengumuman atau ketetapan yang hendak dibuat perlu berpandukan kepada Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

“Semua keputusan berkaitan juga perlu dimaklumkan kepada Jemaah Menteri,” katanya, hari ini.

Mohamad Sabu - gambar fail
Mohamad Sabu - gambar fail

Mohamad menyatakan demikian sebagai menjelaskan kekeliruan yang timbul, susulan kenyataan dibuat Pengerusi NACCOL, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, 14 Februari lalu.

Syed Abu Hussin yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang sebelum ini dipetik sebagai berkata, kerajaan akan memperkenalkan gred tunggal beras putih, dikenali sebagai Beras Putih Malaysia Madani.

Katanya, gred tersebut akan menggantikan kategori beras putih tempatan dan import yang berada di pasaran tempatan ketika ini.

Syed Abu Hussin juga berkata, penetapan harga siling baharu bagi beras berkenaan akan berkuatkuasa 19 Februari nanti.

Tambah beliau, beras gred tunggal terbabit bakal memasuki pasaran bermula 1 Mac depan.

Susulan kenyataan, Anwar ketika berucap pada Program Jualan Termurah Madani di Bandar Perda, Bukit Mertajam semalam berkata, penetapan ke atas harga beras putih akan diputuskan minggu hadapan. 

Katanya, mesyuarat NACCOL itu akan memperhalusi beberapa cadangan sebelum membuat keputusan muktamad. - Getaran, 17 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Harga Beras Putih Import Turun Antara RM2 Ke RM3 Berkuat Kuasa Hari Ini - KPKM

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Indikator Baharu Ukur Tahap Kos Sara Hidup Rakyat Dibangunkan - KPM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Stabil - Mohamad

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Hasil Padi Dijangka Kurang Memberangsangkan Akibat Cuaca

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang