web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekalan, Harga Ayam Stabil - Mohamad

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2024 3:14PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekalan ayam pada masa ini adalah stabil dan faktor ini sekali gus menyumbang kepada kestabilan harga ayam semasa, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pemantauan yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menunjukkan purata harga ayam di ladang yang direkodkan di seluruh Semenanjung selama empat bulan sejak November 2023 adalah stabil.

"Purata harga ayam di ladang yang direkodkan di seluruh Semenanjung Malaysia semenjak November 2023 adalah RM5.85 per kilogram (/kg), Disember 2023 adalah RM6.39/kg, Januari 2024 RM6.13/kg dan Februari 2024 RM6.03/kg," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang ingin tahu adakah harga ayam naik mendadak atau menghadapi kekurangan bekalan di pasaran selepas pemansuhan subsidi dan kawalan harga serta sama ada subsidi telur gred A, B dan C akan diteruskan.

Mohamad berkata, pada masa ini, kerajaan berpandangan subsidi serta kawalan harga bagi telur ayam gred A, B dan C diteruskan dengan menggunakan mekanisme sedia ada dan sebarang perubahan dasar akan mengambil kira semua faktor khususnya trend bekalan semasa.

Menjawab soalan tambahan Sim yang ingin tahu sama ada kerajaan akan menggunakan semula mekanisme Approved Permit (AP) untuk mengawal bekalan ayam supaya tidak berlaku lambakan, Mohamad berkata, keputusan sama ada kerajaan akan menyekat import ayam dari luar atau sebaliknya bergantung kepada keadaan pasaran dari semasa ke semasa.

"Memang harga ayam agak stabil dan harga import makanan jagung dan soya juga agak stabil kebelakangan ini. Kita yakin ia akan lebih stabil jika ringgit beransur kukuh dan ringgit kita mulai mengukuh hari ini.

"Kita harap ia berterusan dan akan menjadikan import khasnya bahan-bahan makanan ternakan ini menurun," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Harga Beras Putih Import Turun Antara RM2 Ke RM3 Berkuat Kuasa Hari Ini - KPKM

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Hasil Padi Dijangka Kurang Memberangsangkan Akibat Cuaca

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Gred Tunggal Beras Putih: Kerajaan Belum Buat Keputusan - Menteri

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Mesyuarat NACCOL Putuskan Harga Kawalan Beras Minggu Depan - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi