web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2023 9:58AM

Kerajaan menamatkan subsidi dan kawalan harga ayam mulai Rabu ini. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan berkuat kuasa Rabu ini (1 November), kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata, bagi subsidi telur gred A, B, C, kerajaan bersetuju untuk ia diteruskan mengikut mekanisme sedia ada.

“Ia (penamatan subsidi ayam) adalah selaras dengan pendekatan penyasaran semula subsidi secara berfasa yang dilaksanakan kerajaan,” katanya dalam sidang media penamatan kawalan harga dan subsidi ayam di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan sudah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.8 bilion bagi menampung kos ayam dan telur sehingga Februari tahun ini.

“Rasional untuk penamatan subsidi secara pukal bagi ayam ini adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi,” katanya.

Turut hadir pada sidang media itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican serta Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Mohd Sayuthi Bakar.

Mohamad berkata, penamatan subsidi ayam itu selepas mengambil kira situasi dan trend semasa bekalan serta harga ladang dan kos pengeluaran ayam telah mula stabil, yang menyumbang kepada harga pasaran semasa kini di bawah harga siling. 

Dalam hal itu, beliau berkata, kerajaan akan memastikan harga jualan bagi ayam yang akan diapungkan itu terus berada pada kadar munasabah.

“Kerajaan meluaskan akses kepada bekalan ayam melalui Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah secara berterusan di seluruh negara bagi memberikan pilihan dan jaminan kepada rakyat untuk mendapatkan bekalan ayam pada harga yang berpatutan dan di bawah harga siling semasa.

“Di samping itu, melalui sesi libat urus bersama pemain industri pada 22 Oktober 2023, kerajaan telah mendapatkan komitmen daripada pihak industri supaya harga ayam di ladang yang dikeluarkan tidak mencatatkan kenaikan yang ketara sehingga membebankan pengguna,” katanya.

Mohamad berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi memastikan tiada aktiviti pengambilan untung secara berlebihan dan manipulasi harga oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab di peringkat runcit.

Beliau berkata, kerajaan juga akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan status bekalan dan harga ayam di ladang berada dalam keadaan stabil dan tidak membebankan rakyat serta tidak berlaku sebarang aktiviti pencatutan di sepanjang rantaian bekalan.

“Kerajaan akan terus memberi penumpuan untuk memperkasa industri penternakan ayam melalui bantuan insentif dari segi pembiayaan dana pusingan kepada penternak bersaiz kecil dan sederhana dan skim mikro kredit sebagai bantuan modal pusingan kepada penternak komuniti serta program transformasi reban ayam terbuka kepada reban ayam tertutup.

“Langkah ini akan memberi peningkatan dari segi akses bekalan secara terus daripada penternak komuniti kepada pemborong di pasaran,” katanya.

Sementara itu, Johan berkata, dengan penamatan subsidi ayam itu kerajaan dapat menjimatkan belanja kira-kira RM100 juta sebulan.

Pada 13 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 mengumumkan kerajaan menimbang untuk mengapungkan harga telur dan ayam selepas mendapati trend semasa menunjukkan bekalan kedua-dua sumber makanan itu kini stabil.

Beliau berkata, pelaksanaan tersebut membolehkan pasaran tempatan dapat berfungsi semula dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan ayam dan telur di pasaran.

Anwar berkata, langkah itu juga dilakukan bagi memastikan manfaat subsidi yang diberikan sebelum ini hanya dinikmati rakyat yang berhak, bukannya warga asing dan golongan kaya memandangkan sejak 2022, kerajaan telah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.7 bilion bagi menampung kos ayam dan telur. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Subsidi Bersasar Minyak Masak Peket Diperluas Kepada Peniaga Mikro Tahun Depan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Salur Penjimatan Subsidi Kepada Penyelidikan, Pembangunan Ternakan Ayam

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 22 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Semasa 6 jam yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

Sukan 1 hari yang lalu

Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Di Sukan Olimpik Paris Bukan Tanggungjawab KBS

oleh Diyana Nawwar