web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Majlis Agama Perlu Terus Menyinari Malaysia Demi Meningkatkan Ilmu Ummah – PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 10:35PM

Anwar Ibrahim bersama para jemputan membacakan Selawat Nuril Anwar ketika hadir program Selawat dan Munajat Perdana Untuk Malaysia - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis keagamaan termasuk selawat, munajat dan majlis ilmu perlu terus diterapkan di negara ini bagi meningkatkan kefahaman serta pengetahuan ummah. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu juga selaras dengan konsep Malaysia Madani yang menekankan kepada aspek ketamadunan dan perpaduan. 

“Majlis ini adalah majlis amal munajat. Kita boleh ikhtiar, kita boleh rangka dan kita boleh ada strategi ekonomi, budaya serta pemerkasaan pelbagai bidang, tetapi kita perlu tawakal kepada Allah.

“Madani maknanya negara ini bertamadun. Maknanya usaha perpaduan dan bersatu. Tetapi (perlu) memanfaatkan kekuatan perpaduan itu untuk mengangkat karamah insaniah dari aspek ekonomi, ilmu, pendidikan dan sosialnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Selawat dan Munajat Perdana untuk Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini, malam ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu. 

Hadir sama, Pengerusi Pertubuhan Da’i Kuala Lumpur, Azizi Ab Hamid Al-Hafiz. 

Jelas Anwar, di samping usaha memperkasa segenap aspek, perkara asas perlu diutamakan sesebuah pentadbiran adalah keyakinan kepada Allah dan mendekati Rasulullah menerusi berselawat - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Jelas Anwar, di samping usaha memperkasa segenap aspek, perkara asas perlu diutamakan sesebuah pentadbiran adalah keyakinan kepada Allah dan mendekati Rasulullah menerusi berselawat - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Jelas Anwar, di samping usaha memperkasa segenap aspek, perkara asas perlu diutamakan sesebuah pentadbiran adalah keyakinan kepada Allah dan mendekati Rasulullah menerusi berselawat. 

“Biar Malaysia Madani bermakna semarak umat supaya sentiasa berselawat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad, selain menggunakan majlis seperti ini meningkatkan kefahaman dan ilmu kita,” katanya. 

Program bertemakan ‘Mahabbah Rasullulah Asas Kejayaan Malaysia Madani’ itu berlangsung dari jam 7 petang hingga 11 malam dan dihadiri ribuan umat Islam dari seluruh negara.

Ia dimulakan dengan doa dan seterusnya bacaan ayat suci Al-Quran oleh qari, Amirahman Abas serta diikuti selawat serta qasidah.

Acara berkenaan menampilkan barisan umarak dan ulama yang bersama-sama berselawat serta bermunajat demi Malaysia.

Menurut penganjur, program itu bertujuan mengeratkan silaturahim dan sebagai platform interaksi serta ramah mesra antara rakyat bersama Perdana Menteri.

Di samping itu, tambahnya, program terbabit bermatlamat memperkasa mahabbah dan kecintaan terhadap Rasulullah menerusi pembacaan qasidah dan selawat ke atas Nabi Muhammad.

Malah, ia adalah usaha menelusuri dan meneladani akhlak, pengorbanan serta perjuangan Baginda. - Getaran, 11 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 9 jam yang lalu

PM Ucap Tahniah Kepada PM Baharu UK, Keir Starmer

2

Semasa 1 hari yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

3

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

4

Semasa 3 hari yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 5 jam yang lalu

Jemaah Islamiyah Indonesia Umum Pembubaran

Sukan 17 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Mula Jalani Fisioterapi Intensif Untuk Pulihkan Fungsi Tangan Kiri

Semasa 13 jam yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

oleh Diyana Nawwar