web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Mar 2023 4:30PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan sentiasa memberi keutamaan terhadap apek tadbir urus, ketelusan dan amalan terbaik dalam melaksanakan integriti.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ketiga-tiga aspek tersebut perlu menjadi perkara utama yang dilihat sebagai keperluan untuk dipasakkan dalam agensi berkenaan.

“Saya kena pastikan aspek tadbir urus, ketulusan dan amalan terbaik menerusi organisasi mesti dipasakkan terlebih dahulu,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas komen ramai pihak berhubung tindakannya membawa masuk tokoh bank, korporat dan pendidikan, termasuk bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim sebagai Ahli Majis Mara.

Turut dilantik sebagai Ahli Majlis Mara ialah bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.

Pelantikan tersebut ditandatangani Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, tindakan berkenaan perlu dilakukan sebelum beliau memulakan apa sahaja agenda besar bagi aspek pembangunan ekonomi, keusahawanan dan pendidikan bumiputera.

“Insya Allah, ini dapat memastikan institusi seperti MARA berupaya mencapai sasaran sifar ketirisan, pembaziran dan korupsi dalam memacu agenda ummah.

“Moga Allah rahmati usaha ini,” katanya.

Sementara itu, Asyraf Wajdi yang membalas kritikan netizen menjelaskan, semua pelantikan berkenaan perlu dilaporkan kepada pelbagai pihak, khususnya masyarakat.

Jelasnya, ini kerana ketika ini, semua perkara perlu dikongsikan untuk mengelak daripada timbul pelbagai fitnah.

“Zaman sekarang kena berkongsi kalau tidak macam-macam fitnah timbul,” katanya. - Getaran, 24 Mac 2023.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia